Pengabaian Russia punca kejatuhan

PARIS – Pengabaian Russia terhadap Presiden Syria, Bashar al-Assad menyebabkan kejatuhan pemimpin itu, kata bakal Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Beliau yang akan memulakan tugas Presiden 20 Januari ini berkata, Moscow sepatutnya tidak melindungi Assad dari awal dan kemudian kehilangan minat akibat peperangan di Ukraine yang sepatutnya tidak berlaku.

“Assad sudah tiada. Dia melarikan diri dari negaranya. Pelindungnya, Russia, yang dipimpin oleh (Presiden) Vladimir Putin, tidak lagi berminat untuk melindunginya,” tulis Trump di platform media sosialnya, Truth Social.

Katanya, tiada sebab untuk Russia berada di sana pada mulanya.

“Mereka kehilangan minat terhadap Syria kerana Ukraine… sebuah perang yang tidak sepatutnya berlaku, dan mungkin akan berterusan selama-lamanya,” katanya.

Trump berkata Russia dan Iran, penyokong utama Assad yang lain sedang berada dalam keadaan lemah sekarang kerana Ukraine dan akibat ekonomi yang teruk selain kerana Israel dan kejayaan dalam peperangan mereka.

“Saya mengenali Vladimir dengan baik. Ini adalah masa untuk beliau bertindak. China boleh membantu. Dunia sedang menunggu!” katanya.

Beliau yang sebelum ini menyatakan hasrat untuk menghentikan perang di Ukraine dengan cepat, bertemu dengan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky semalam di Paris di mana mereka berdua menghadiri majlis pembukaan semula Katedral Notre-Dame.

Trump berkata Russia dan Ukraine kehilangan ratusan ribu tentera yang terkorban dan cedera, dan Ukraine juga kehilangan ramai orang awam.

Beliau berkata pemimpin Ukraine mahu membuat perjanjian dan menghentikan kegilaan (perang) ini… Gencatan senjata segera perlu dilaksanakan dan rundingan perlu dimulakan.

Nnn

Related posts

Leave a Comment