BN tidak akan dibiarkan runtuh

KUALA LUMPUR 7 Dis. – Barisan Nasional (BN) sedang melalui fasa membina semula selepas bangkit daripada krisis besar sebelum ini, kata Setiausaha Agungnya, Dr Zambry Abd Kadir Katanya, BN tidak didirikan untuk dibiar runtuh sebaliknya akan terus bertapak dengan kekuatan akar umbi, barisan pimpinan berwatak sederhana dan pembina negara serta perpaduan dan komitmen politik khidmat yang hebat. “Tanpa berkhayal atau diulit sindrom penafian akibat kekalahan lalu, kita mahu mengingatkan sesebuah institusi politik seperti BN tidak didirikan untuk dibiar keruntuhannya. “Dalam perjalanan lima dekad BN, terakam deritanya sendiri tetapi ia juga…

Read More

BN perlu bertindak lebih strategik

KUALA LUMPUR 7 Dis. – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga kerangka yang perlu dirungkai bersama untuk BN yang sudah berusia 50 tahun itu bergerak ke hadapan. Beliau berkata, kerangka pertama ialah penjenamaan semula yang mesti mencerminkan transformasi selari dengan cabaran semasa melalui pendekatan proaktif, inklusif dan inovatif. “BN mesti membina semula identitinya sebagai kuasa dinamik dalam politik Malaysia, dengan naratif yang sesuai dengan kehendak zaman,” katanya. Kerangka kedua ialah mentakrifkan semula kesesuaian strategi, gerak kerja dan tindakan BN berbanding pendekatan BN dahulu lebih tertumpu kepada…

Read More

PRU: MIC tolak formula parti menang kekal

KUALA LUMPUR 7 Dis. – MIC tidak setuju dengan formula parti yang memenangi kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diberi mandat mengekalkan kerusi berkenaan pada pilihan raya akan datang. Justeru Timbalan Presiden, M Saravanan, menggesa pemimpin BN supaya tidak berpegang kepada prinsip itu apabila memilih calon bagi PRU16 kelak. “Pendirian hari ini, MIC tidak setuju dengan formula kerusi yang menang akan dikekalkan, ia tidak sesuai untuk MIC dan UMNO. “MIC mati-mati tidak akan bersetuju. Kita lihat semangat kita. MIC menang di Cameron Highlands, bukan kalah. Apabila kita lihat lebih…

Read More

Syria hilang kawalan ke atas bandar utama

BEIRUT – Pemerintahan Presiden, Bashar al-Assad menerima tamparan hebat selepas tentera Syria hilang kawalan ke atas bandar-bandar utama, terkini bandar Daraa yang dirampas pemberontak. Sebuah badan pemantau perang memberitahu, Daraa digelar “puncak revolusi” pada awal perang saudara Syria, selepas aktivis menuduh kerajaan menahan dan menyeksa sekumpulan budak lelaki kerana menconteng grafiti anti-Assad di dinding sekolah mereka pada 2011. Menurut Syrian Observatory for Human Rights, beberapa hari lalu, Aleppo dan Hama, dua bandar utama lain yang diambil daripada kawalan kerajaan jatuh ke tangan pakatan pemberontak yang diketuai pemberontak dan kini Daraa…

Read More

29 terbunuh serangan di hospital

BAITULMAQDIS – Sekurang-kurangnya 29 orang terbunuh dalam satu siri serangan udara di kawasan utara dan barat Hospital Kamal Adwan di utara Gaza. Pengarah Hospital, Dr Hossam Abu Safieh, melaporkan empat kakitangan terbunuh, sementara semua pakar bedah sudah tiada susulan serangan terbaru. Menurut saksi ditempat kejadian, pesakit dan kakitangan di Hospital Kamal Adwan diselubungi darah selepas beberapa serangan dron Israel. Tentera Israel bagaimanapun menafikan serangan itu dan menyatakan mereka hanya beroperasi di kawasan berhampiran. Hospital kini hanya beroperasi secara minimum dengan bekalan perubatan kritikal telah habis. Beit Lahia, lokasi hospital, menjadi…

Read More