Tomyam Kung dalam senarai UNESCO

BANGKOK 4 Dis. – Tomyam Kung, makanan popular Thailand kini tersenarai dalam Senarai Perwakilan Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Penyenaraian sup masam pedas yang mengandungi herba tempatan itu dibuat semasa sesi ke-19 Jawatankuasa Antara Kerajaan bagi Melindungi Warisan Budaya Tidak Ketara di Asuncion, Paraguay pada Selasa lalu. Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra menyifatkan pengiktirafan itu sebagai pencapaian penting dalam meningkatkan kesedaran tentang warisan budaya tidak ketara serta peranannya sebagai pemacu dan menjamin pembangunan mampan. Katanya , Tomyam Kung adalah hidangan…

Read More

ATM ambil tindakan atasi kes buli

KUALA LUMPUR 4 Dis. – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah dan sedang melaksanakan pelbagai tindakan berikutan kes penganiayaan dalam kalangan pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Markas Angkatan Tentera Malaysia dalam kenyataannya berkata, titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada Istiadat Konvokesyen ke-14 UPNM semalam jelas menyatakan keprihatinan terhadap isu penganiayaan yang berlaku di universiti berkenaan. Berikut kenyataan media berkenaan 1. Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memandang serius terhadap kes penganiayaan yang berlaku di Akademi Latihan Ketenteraan (ALK), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) serta titah…

Read More

KDN nafi data MyKad 17 juta rakyat bocor

JITRA 4 Dis. – Kerajaan memberi jaminan keselamatan data terutama MyKad terjamin dan sentiasa berada dalam keadaan selamat, kata Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasition Ismail. Justeru, kerajaan menafikan kebocoran data kad pengenalan atau MyKad milik 17 juta rakyat negara ini seperti didakwa di media sosial ketika ini. Katanya , pemeriksaan rapi yang dilakukan agensi keselamatan termasuk Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berhubung dakwaan itu mendapati ia tidak benar sama sekali. “Dakwaan itu timbul dari seorang pengguna media sosial yang pamerkan beberapa keping Mykad, tapi dia dakwa 17 juta. Saya segera semak…

Read More

Dr Mastura kalah saman fitnah

TANJONG 4 Dis. – Dr Siti Mastura Muhammad diarah membayar RM825,000 kepada Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Teresa Kok selepas ketiga-tiga pemimpin DAP berkenaan memenangi saman fitnah ke atas Ahli Parlimen Kepala Batas itu. Ini berikutan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang memutuskan kenyataan Dr Siti Mastura, yang didakwa mengaitkan veteran dan pemimpin DAP iaitu Kit Siang, Guan Eng serta  Kok mempunyai pertalian dengan komunis, sebagai fitnah dan tidak disokong bukti. Pesuruhjaya Kehakiman, Quay Chew Soon, dalam keputusan penghakiman penuh mendapati Siti Mastura bertindak dengan niat jahat, dan pembelaan terhadap…

Read More

274 iklan menyamar individu Jabatan Peguam Negara

KUALA LUMPUR 4 Dis. – Dalam tempoh 13 hari, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengesan 274 iklan di platform Facebook yang menyamar sebagai individu daripada Jabatan Peguam Negara. Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, berkata perkara itu berpunca daripada penggunaan kecerdasan buatan (AI) yang sangat melampau oleh pihak tidak bertanggungjawab. Katanya, adalah sangat penting untuk platform media sosial bertanggungjawab kerana kegagalan mengawal selia perkara seumpama itu akhirnya memberi kesan buruk kepada rakyat. “Scammer ini membayar mereka untuk menipu warga Malaysia dan sebab itu, sangat penting untuk kita pastikan platform…

Read More

31,481 bersara awal dalam tiga tahun

KUALA LUMPUR 4 Dis. – Sejumlah 31,481 penjawat awam memilih untuk bersara awal dalam tempoh tiga tahun iaitu antara 2022 hingga September tahun ini dengan jumlah tertinggi direkodkan tahun ini iaitu membabitkan 8,199 orang. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa, berkata, bagi tahun ini, sehingga September,  mengikut kategori bawah 50 tahun seramai 826 orang, bawah 55 tahun 5,569 orang dan bawah 60 tahun (1,804). Beliau menjawab soalan Lee Chuan How (PH-Ipoh Timur) yang ingin tahu jumlah penjawat awam yang bersara awal mengikut kategori bawah 50 tahun,…

Read More

Desak pindah pesakit di Gaza

BAITULMAQDIS – Rangkaian Hospital Baitulmaqdis Timur dan Pakar Perubatan untuk Hak Asasi Manusia Israel (PHRI) menggesa pembukaan segera koridor kemanusiaan dari Gaza untuk membolehkan pemindahan pesakit ke hospital di timur Baitulmaqdis. Usaha itu perlu dilakukan selepas dianggarkan kira-kira 25,000 pesakit di Gaza kini memerlukan rawatan segera sedangkan Israel mengawal semua laluan keluar masuk dari Semenanjung Gaza yang dilanda perang sejak lebih setahun. Pengarah Hospital Augusta Victoria di timur Baitulmaqdis, Fadi Atrash, berkata pembukaan semula koridor pemindahan penting untuk membolehkan pihaknya terus menyediakan rawatan penting di hospital di sana. “Di sana,…

Read More

Pandemik orang kurang upaya di Gaza

RAMALLAH – Gaza muncul sebagai ‘pandemik orang kurang upaya’ dengan bilangan kanak-kanak yang diamputasi per kapita tertinggi di dunia, kesan buruk yang ditimbulkan oleh perang yang berterusan terhadap penduduk. Demikian menurut Ketua Pesuruhjaya Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA), Philippe Lazzarini. “Sebelum perang, satu daripada lima keluarga yang ditinjau mempunyai sekurang-kurangnya seorang orang kurang upaya. Hampir separuh daripada mereka termasuk kanak-kanak kurang upaya. “Semasa perang ini, orang yang memerlukan penjagaan khas telah menderita dalam diam. Kisah mereka jarang diceritakan. Perang juga telah…

Read More