31,481 bersara awal dalam tiga tahun

KUALA LUMPUR 4 Dis. – Sejumlah 31,481 penjawat awam memilih untuk bersara awal dalam tempoh tiga tahun iaitu antara 2022 hingga September tahun ini dengan jumlah tertinggi direkodkan tahun ini iaitu membabitkan 8,199 orang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa, berkata, bagi tahun ini, sehingga September,  mengikut kategori bawah 50 tahun seramai 826 orang, bawah 55 tahun 5,569 orang dan bawah 60 tahun (1,804).

Beliau menjawab soalan Lee Chuan How (PH-Ipoh Timur) yang ingin tahu jumlah penjawat awam yang bersara awal mengikut kategori bawah 50 tahun, 55 tahun dan bawah 60 tahun daripada Januari 2020 sehingga Ogos lalu.

Katanya, jumlah penjawat awam yang bersara awal bagi 2022, kategori umur 55 tahun merekodkan angka tertinggi iaitu 7,379 orang, kategori bawah 50 tahun,  seramai 979 orang, manakala bagi umur bawah 60 tahun membabitkan 2,702 orang.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan persaraan awal penjawat awam yang direkodkan sepanjang 2022 adalah 11,065 orang.

Bagi jumlah penjawat awam yang bersara awal bagi tahun lalu, kategori bawah 50 tahun seramai 1,166 orang, bawah 55 tahun 8,099 orang dan bawah 60 tahun, 2,952 orang menjadikan jumlah keseluruhan bagi 2023 seramai 12,217 orang.

Nnn

Related posts

Leave a Comment