Haien Loong serah Setiausaha Agung PAP

SINGAPURA 24 Nov. – Setiausaha Agung Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura, Lee Hsien Loong akan berundur daripada jawatan tertinggi parti politik itu, hari ini bagi memberi laluan kepada penggantinya, Lawrence Wong. Hsien Loong yang memegang jawatan itu sejak November 2004,  tiga bulan selepas menjadi Perdana Menteri Singapura pada Ogos tahun yang sama akan menyerahkan jawatan itu kepada Wong yang menyandang jawatan Perdana Menteri sejak Mei lalu. Pengunduran beliau itu juga berlangsung pada sambutan ulang tahun ke-70 PAP malam tadi dan Konvensyen PAP 2024 hari ini di mana beliau dijadualkan memberi…

Read More

Penghinaan terhadap kemanusiaan

BANDARAYA GAZA: Hamas menyifatkan serangan berulang Israel ke atas Hospital Kamal Adwan di utara Gaza, sebagai ‘penghinaan yang memalukan terhadap kemanusiaan dan norma antarabangsa’. Sambil mengutuk serangan itu, kumpulan pejuang Palestin itu meminta masyarakat antarabangsa untuk mengenakan ‘sekatan tegas’ ke atas Israel yang didakwa melakukan ‘genosid secara sistematik’ di utara Gaza. Kumpulan itu turut mengecam ‘kempen genosid, pembersihan etnik dan pengusiran paksa terhadap orang awam di utara Gaza, serta taktik kebuluran yang menyasarkan dua juta penduduk di wilayah itu’ yang dilakukan Israel secara berterusan. Hamas sekali gus meminta masyarakat antarabangsa…

Read More

Lagi wartawan di Gaza terbunuh

BANDARAYA GAZA: Seorang lagi wartawan Palestin terbunuh dalam serangan udara tentera Israel di Gaza, menjadikan jumlah wartawan yang terkorban sejak 7 Oktober tahun lepas kepada 189. Menurut Pejabat Media Gaza, mangsa, Wael Ibrahim Abu Quffa merupakan seorang wartawan dan pensyarah di Jabatan Kewartawanan dan Media, Universiti Islam Gaza. Pejabat Media Gaza mengecam pembunuhan itu dan menggesa masyarakat antarabangsa bertindak segera, menyifatkan serangan ke atas wartawan sebagai tindakan sistematik. Pihaknya turut menggesa organisasi antarabangsa dan kerajaan agar “mengheret Israel ke muka pengadilan di mahkamah antarabangsa serta mendesak Israel menghentikan genosid yang…

Read More

Dr M sokong waran tangkap Netanyahu

KUALA TERENGGANU 23 Nov. – Bekas Perdana Menteri,  Dr Mahathir Mohamad, menyokong keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan, Israel Yoav Gallant atas dakwaan jenayah perang di Gaza. Beliau yang menyifatkannya sebagai tindakan wajar, berkata kedua-dua pemimpin Israel itu adalah penjenayah perang yang telah melakukan pembunuhan terhadap rakyat Palestin dan patut dihukum. “Ini penjenayah perang. Dia (Netanyahu dan Gallant) adalah penjenayah. Dia (Netanyahu dan Gallant) telah melakukan pembunuhan. Pembunuhan satu orang pun adalah jenayah (tetapi) dia telah membunuh…

Read More

Hassan Karim sedia ‘dihukum’ PKR

PASIR GUDANG  23 Nov. – Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim bersedia menerima sebarang tindakan termasuk risiko keahlian digantung yang akan diputuskan oleh Lembaga Disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan esok. Hassan dipanggil dalam sesi pendengaran atau perbicaraan dengan lembaga disiplin parti kelmarin (Khamis) susulan kritikan lantang yang sering dilemparkannya terhadap kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Presiden PKR. Beliau menjelaskan tidak akan merayu, sebaliknya berpuas hati dengan sistem Lembaga Disiplin partinya yang bertindak profesional termasuk menghantar surat memohon kepadanya tunjuk sebab terlebih dahulu serta meminta memberi…

Read More

Mpox kekal kecemasan kesihatan awam

VIRUS mpox yang dahulunya dikenali sebagai cacar monyet terus menjadi kecemasan kesihatan awam yang membimbangkan dunia, kata Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dr Tedros Adhanom Ghebreyesu. Beliau berkata, Jawatankuasa Kecemasan WHO telah bermesyuarat pada Jumaat untuk membincangkan virus itu, kata Tedros menerusi kenyataan di platform X. “Mereka menasihati saya bahawa peningkatan kes mpox terus menjadi kecemasan kesihatan awam yang membimbangkan dunia – saya menerima nasihat itu,” katanya. Tedros menjelaskan bahawa keputusan itu dibuat berdasarkan peningkatan bilangan kes, penyebaran geografi, cabaran operasi di lapangan dan keperluan untuk mewujudkan serta mengekalkan…

Read More

43,196 pemilih baharu Oktober

PUTRAJAYA 23 Nov. –  Semakan Daftar Pemilih Tambahan Bulan Oktober Tahun 2024 (DPT BLN10/2024) boleh dibuat untuk tempoh 30 hari bermula 21 November lalu sehingga 20 Disember depan. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam kenyataannya berkata DPT BLN10/2024 yang mengandungi 43,196 nama warganegara berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 hingga 31 Okt 2024 yang didaftarkan secara automatik sebagai pemilih. Selain itu ia mengandungi 10,876 pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya dan 2,101 pemilih bertukar status atau kategori pengundi. SPR menyeru warganegara berumur 18 tahun dan ke atas…

Read More

Wanita pesara rugi RM260,000

KUANTAN 23 Nov. – Seorang wanita, pesara berusia 61 tahun dari Lipis mendakwa kerugian RM260,950 selepas diperdaya individu menyamar pegawai Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Wanita itu pada mulanya menerima panggilan telefon daripada suspek mendakwa pegawai NSRC yang memaklumkan dia terbabit aktiviti judi dalam talian dan pengubahan wang haram. Dalam kejadian 29 September lalu itu, panggilan telefon kemudian disambungkan kepada seorang lagi suspek mendakwa pegawai polis. Ketua Polis Pahang, Yahaya Othman, berkata dalam laporan polis dibuat semalam, mangsa diarah memindahkan wang simpanan Tabung Haji (TH)…

Read More