KUCHING 24 Nov. – Kepakaran jurutera dalam pelbagai bidang diperlukan bagi membantu Sarawak membangunkan tiga projek utama dengan suntikan RM100 bilion yang dirancang bermula tahun hadapan hingga 2030. Premier Sarawak, Abang Johari Openg berkata, tiga projek strategik itu adalah , pelabuhan laut dalam, lapangan terbang antarabangsa baharu dan pembangunan infrastruktur elektrik, air dan telekomunikasi. Katanya, khidmat pakar dalam bidang kejuruteraan amat diperlukan dalam bersama-sama menjayakan projek bagi tempoh lima tahun ini malah dijangka memakan masa melebihi tempoh berkenaan. “Banyak kerja kejuruteraan diperlukan, seperti jurutera hidraulik yang benar-benar mahir dalam bidang…
Read MoreDay: November 24, 2024
BN sasar tanding 5 kerusi WP
KUALA LUMPUR 24 Nov. – Barisan Nasional (BN) menyasarkan untuk bertanding lima kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan (WP) pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) bagi mewakili Kerajaan Perpaduan, kata Pengerusinya Dr Ahmad Zahid Hamidi Beliau berkata, pihaknya akan membincangkan perkara itu dengan rakan parti dalam kerajaan bagi mendapatkan lima kerusi itu. “Apa yang penting kini, Wilayah Persekutuan mesti diputihkan dan saya mengharapkan bukan sekadar tiga kerusi di wilayah termasuk kawasan Datuk Jo ( Johari Abdul Ghani, Parlimen Titiwangsa), tetapi juga kita putihkan Putrajaya dan Labuan. “Insyaallah kita berunding baik-baik. Kita…
Read MoreMenteri wajar sokong martabat bahasa Melayu
SEPANG 24 Nov. – Pemuda Pas Selangor menzahirkan rasa kesal atas kenyataan Menteri Pelancongan, Tiong King Sing yang tidak bersetuju dengan langkah penguatkuasaan papan tanda dwibahasa oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Ketuanya Mohamed Sukri Omar berkata, tindakan itu menunjukkan sikap yang tidak menghargai kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sebagaimana yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Justeru Pemuda mendesak menteri berkenaan menarik balik kenyataan tersebut dan memberikan sokongan penuh kepada mana-mana dasar yang memperkukuhkan martabat bahasa Melayu. “Jika tidak, beliau dilihat gagal memahami sensitiviti rakyat dan nilai kenegaraan yang…
Read MoreUMDAP tidak wujud, hanya propaganda politik
IPOH 24 Nov. – Isu UMDAP adalah propaganda politik oleh pihak lawan yang digunakan sebagai jolokan gabungan antara UMNO dan DAP yang sebenarnya tidak pernah wujud, kata Presiden UMNO Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau menegaskan Kerajaan Perpaduan yang ada hari ini dibentuk antara BN dan Pakatan Harapan (PH) yang turut membabitkan DAP. “Isu UMDAP adalah propaganda daripada lawan politik kita, dan kita mesti konsisten mempertahankan hakikat bahawa UMDAP tidak wujud. Yang wujud ialah BN-PH. DAP adalah sebahagian daripada PH sama seperti MCA, MIC, dan PBRS (Parti Bersatu Rakyat Sabah) yang…
Read MorePenguatkuasaan cetus persepsi negatif
KUALA LUMPUR 24 Nov. – Menteri Pelancongan, Tiong King Sing mendakwa tibdakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menguatkuasakan peraturan papan tanda dwibahasa mencetuskan tindak balas melampaui batas, menimbulkan rasa tidak puas hati serta mewujudkan persepsi negatif dalam kalangan pelancong. Katanya, tingkah laku melampau sebegitu bukan sahaja menyebabkan pelancong mempersoalkan keterbukaan dan keterangkuman Malaysia tetapi juga ada pelawat antarabangsa bertanya, ‘adakah Malaysia sebuah negara yang rasis atau ekstrem agama? “Keraguan ini secara langsung mempengaruhi keputusan pelancong untuk melawat Malaysia dan membantutkan daya saing negara di persada global. Realitinya, kita adalah negara…
Read MoreOp Taring Wawasan rampas vape, kambing
RANTAU PANJANG 24 Nov. – Pasukan Gerakan Am (PGA) menumpaskan kegiatan penyeludupan rokok elektronik apabila merampas lebih 900 unit rokok elektronik dan 390 botol perisa vape di Pengkalan Haram Pak Su Rani di sini, semalam. Menerusi Op Taring Wawasan, Batalion 8 PGA merampas rokok elektronik dan perisa vape bernilai RM221,500. Menurut kenyataan Briged Tenggara PGA, ketika operasi, pasukan bertugas ternampak sebuah kereta Proton Perdana di pengkalan haram berkenaan dan hasil pemeriksaan menemukan lebih 900 unit rokok elektronik dan 390 botol perisa vape di dalam kereta bernilai RM221,500 dipercayai diseludup dari…
Read MoreBerita pilihan…
Haien Loong serah Setiausaha Agung PAP
SINGAPURA 24 Nov. – Setiausaha Agung Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura, Lee Hsien Loong akan berundur daripada jawatan tertinggi parti politik itu, hari ini bagi memberi laluan kepada penggantinya, Lawrence Wong. Hsien Loong yang memegang jawatan itu sejak November 2004, tiga bulan selepas menjadi Perdana Menteri Singapura pada Ogos tahun yang sama akan menyerahkan jawatan itu kepada Wong yang menyandang jawatan Perdana Menteri sejak Mei lalu. Pengunduran beliau itu juga berlangsung pada sambutan ulang tahun ke-70 PAP malam tadi dan Konvensyen PAP 2024 hari ini di mana beliau dijadualkan memberi…
Read MorePenghinaan terhadap kemanusiaan
BANDARAYA GAZA: Hamas menyifatkan serangan berulang Israel ke atas Hospital Kamal Adwan di utara Gaza, sebagai ‘penghinaan yang memalukan terhadap kemanusiaan dan norma antarabangsa’. Sambil mengutuk serangan itu, kumpulan pejuang Palestin itu meminta masyarakat antarabangsa untuk mengenakan ‘sekatan tegas’ ke atas Israel yang didakwa melakukan ‘genosid secara sistematik’ di utara Gaza. Kumpulan itu turut mengecam ‘kempen genosid, pembersihan etnik dan pengusiran paksa terhadap orang awam di utara Gaza, serta taktik kebuluran yang menyasarkan dua juta penduduk di wilayah itu’ yang dilakukan Israel secara berterusan. Hamas sekali gus meminta masyarakat antarabangsa…
Read More