Op Taring Wawasan rampas vape, kambing

RANTAU PANJANG 24 Nov. – Pasukan Gerakan Am (PGA) menumpaskan kegiatan penyeludupan rokok elektronik apabila merampas lebih 900 unit rokok elektronik dan 390 botol perisa vape di Pengkalan Haram Pak Su Rani di sini, semalam.

Menerusi Op Taring Wawasan, Batalion 8 PGA merampas rokok elektronik dan perisa vape bernilai RM221,500.

Menurut kenyataan Briged Tenggara PGA, ketika operasi, pasukan bertugas ternampak sebuah kereta Proton Perdana di pengkalan haram berkenaan dan hasil pemeriksaan menemukan lebih 900 unit rokok elektronik dan 390 botol perisa vape di dalam kereta bernilai RM221,500 dipercayai diseludup dari Thailand.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967. Barang rampasan dibawa ke Balai Polis Rantau Panjang untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu dalam kes lain, Batalion 7 PGA merampas 10 ekor kambing anggaran berat lebih 400 kilogram (kg) di Sekatan Jalan Raya (SJR) Banggol Kong di sini, semalam.

Operasi 10.30 pagi itu merampas kambing bernilai RM10,000 dipercayai diseludup dari Thailand dan menahan seorang lelaki berusia 29 tahun.

Menerusi operasi itu, pasukan PGA menahan sebuah pikap dalam keadaan mencurigakan dan pemeriksaan menemukan 10 ekor kambing dalam kenderaan itu tanpa dokumen yang sah.

Suspek dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup kambing itu ke pasaran tempatan.

(Foto PGA)

Related posts

Leave a Comment