PUTRAJAYA 19 Nov. – Kerajaan berpendirian tidak mengharamkan penjualan vape pada peringkat nasional, namun menyerahkan kepada kerajaan negeri menentukan dasar masing-masing termasuk melarang penjualan vape, melalui pihak berkuasa tempatan (PBT). Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad bagaimanapun berkata, kerajaan akan terus mengamalkan pendekatan kawal selia terhadap vape menerusi Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) yang dikuatkuasakan mulai 1 Oktober lalu. “Saya kira kerajaan negeri perlu membuat keputusan masing-masing. Kita tidak dapat mengharamkan vape ketika ini, maka kita mengambil sikap untuk mengawal selia. “Sebagai langkah pertama, pastinya kita…
Read MoreDay: November 19, 2024
Soal dalam UMNO biar UMNO tentukan
KOTA KINABALU 19 Nov. – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Bung Moktar Radin tidak terpanggil untuk menjawab komen dari badan bukan kerajaan (NGO) yang disifatkannya sebagai tidak berwibawa dan berat sebelah. Justeru katanya, beliau tidak tergugat dengan desakan yang memintanya meletak jawatan berikutan keputusan Mahkamah Rayuan berhubung kes rasuahnya. “Soal dalam UMNO biarlah UMNO yang tentukannya. Kes saya bukan kes baharu, ianya telah berjalan bertahun-tahun,” katanya dalam maklum balas yang dikongsikan kepada media. Beliau mengulas desakan pihak tertentu yang memintanya meletak jawatan sebagai Ketua UMNO Sabah selepas Mahkamah Rayuan, semalam…
Read MoreDemi keadilan teruskan kes Daim
PUTRAJAYA 19 Nov. – Nai’mah Abdul Khalid mahu pendakwaan membabitkan kegagalan mengisytiharkan harta yang dihadapi, Allahyarham Daim Zainuddin diteruskan supaya keadilan terhadap arwah suaminya terbela. Menurut Nai’mah, menjadi hasrat arwah suaminya supaya perbicaraan itu diteruskan di mahkamah sehingga tamat walau apapun terjadi. “Daim sentiasa ternanti-nanti harinya di mahkamah dan penuh yakin akhirnya beliau akan dibuktikan tidak bersalah. “Tidak ada keperluan untuk Peguam Negara mahupun Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyemak semula, memberhentikan atau menarik balik pendakwaan terhadap Daim,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Nai’mah berkata, pihaknya…
Read MoreBerita pilihan…
100 lori bantuan makanan dirompak
KAHERAH – Kira-kira 100 lori yang membawa makanan untuk penduduk Palestin dirompak secara kejam pada Sabtu lalu selepas memasuki Gaza, kata dua agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Konvoi lori yang membawa makanan disediakan agensi PBB iaitu Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) dan Program Makanan Sedunia (WFP). Pegawai kanan kecemasan UNRWA, Louise Wateridge, konvoi diarahkan oleh Israel untuk berlepas dalam notis singkat melalui laluan daripada lintasan sempadan Kerem Shalom. Ini adalah salah satu misi pemberian bantuan terburuk sepanjang tempoh 13 bulan perang di kawasan itu…
Read MoreG20 seru gencatan senjata menyeluruh
RIO DE JANEIRO – Pemimpin G20, yang bermesyuarat di sini menyeru gencatan senjata menyeluruh di Gaza selaras dengan Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu serta di Lubnan, bagi membolehkan rakyat di kedua-dua belah Garis Biru pulang dengan selamat ke rumah mereka. Mereka juga menyuarakan kebimbangan yang mendalam terhadap situasi kemanusiaan yang dahsyat di Semenanjung Gaza dan ketegangan yang semakin memuncak di Lubnan. Dalam satu kenyataan, mereka dengan tetas menekankan keperluan mendesak untuk memperluaskan aliran bantuan kemanusiaan, memastikan perlindungan orang awam dan menghapuskan semua kekangan yang menghalang penyediaan bantuan berskala besar.…
Read More