Penstrukturan MAHB tiada kaitan MOT

KUALA LUMPUR 6 Nov. – Keputusan penstrukturan semula ekuiti Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) tidak ada kaitan sama sekali dengan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) mahupun Kementerian Pengangkutan (MOT). Penegasan itu dibuat Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, susulan soalan dikemukakan Datuk Dr Radzi Jidin (PN-Putrajaya) yang mengaitkan penjualan MAHB kepada syarikat asing, Global Infrastructure Partners (GIP) diluluskan oleh MAVCOM. “Jangan terlalu banyak konspirasi. Isu penstrukturan MAHB bukan di bawah Kementerian Pengangkutan, ia di bawah Khazanah (Khazanah Nasional Bhd) dan Kementerian Kewangan. Begitu juga dengan ekuiti MAHB, bukan bawah MOT. “Malah penstrukturan ekuiti…

Read More

Trump isytiharkan kemenangan

WASHINGTON – Calon Parti Republikan Donald Trump mengisytiharkan kemenangannya selepas beliau mendahului keputusan awal Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) 2024. Trump memerlukan hanya satu lagi negeri untuk diumumkan secara rasmi sebagai pemenang apabila memperoleh 270 undi pilihan raya yang diperlukan, sekali gus melayakannya kembali semula ke Rumah Putih. Menerusi ucapannya di Florida, Trump menyifatkan rakyat negara itu bakal menyambut ketibaan ‘zaman keemasan baharu’. Bilionair hartanah sarat kontroversi itu juga diunjurkan memenangi kawalan majoriti di Dewan Senat. “Ia adalah kejayaan besar buat rakyat Amerika yang membolehkan kita menjadikan negara ini…

Read More

Penagih meningkat 31.6 peratus

PUTRAJAYA 7 Nov. – Bilangan penagih dadah di seluruh negara meningkat 31.6 peratus kepada 169,691 orang bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini berbanding 128,911 orang yang dicatatkan dalam tempoh sama tahun lepas. Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Ruslin Jusoh berkata berdasarkan statistik itu, sebanyak 162,360 penagih adalah lelaki manakala wanita pula 7,331 orang. Beliau berkata statistik mengikut kategori dadah pula menyaksikan jenis dadah sintetik penyumbang angka paling banyak iaitu 119,410 orang bagi tempoh itu. Jenis dadah sintetik ini adalah dalam kategori ‘Amphetamine Type Stimulants’ (ATS) yang dihasilkan secara…

Read More

Rundingan peruntukan secara individu

KUALA LUMPUR 6 Nov.- Rundingan berhubung peruntukan memorandum persefahaman (MoU) buat Ahli Parlimen pembangkang.masih terbuka bagi individu, dan bukannya secara kumpulan besar, iaitu Perikatan Nasional (PN). Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof menegaskan beliau terbuka sekiranya ada individu dari blok PN yang mahu berunding. Menurutnya, setakat ini, hanya Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muda) memberi maklum balas terhadap surat dan e-mel berkaitan perkara tersebut. Katanya, cadangan balas daripada Syed Saddiq akan dibawa dan dibincangkan di bawah whip kerajaan. “Manakala, kalau ada di kalangan individu Ahli Parlimen di sebelah…

Read More

Trumph kembali ke White House

WASHINGTON – Donald Trump kembali ke Rumah Putih sebagai Presiden ke-47 Amerika Syarikat (AS) selepas menewaskan pencabarnya daripada Demokrat, Kamala Harris, pada Pilihan Raya Presiden 2024. Berdasarkan keputusan tidak rasmi, setakat pukul 5 pagi waktu tempatan menunjukkan bekas Presiden AS daripada parti Republikan itu hampir pasti melakar kemenangan dengan membolot 267 undi elektoral berbanding 224 yang diperoleh Harris, 60. Mengikut sistem Kolej Elektoral, majoriti diperlukan untuk memenangi jawatan Presiden AS ialah 270 undi elektoral. Dalam keputusan yang menjadi tumpuan seluruh dunia itu, Trump, 78, turut menguasai sekurang-kurang empat daripada tujuh…

Read More

Bayaran akhir STR mulai 7 November

PUTRAJAYA 6 Nov. – Sebanyak 8.7 juta penerima, akan menerima secara berperingkat mulai esok bayaran akhir Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024. Kerajaan juga akan menyalurkan bantuan tunai tambahan sekali beri Sumbangan Asas Rahmah (SARA) mulai 9 Disember kepada lapan juta penerima STR yang bukan daripada kumpulan miskin dan miskin tegar, mengikut kaedah pembayaran STR. Baki 700,000 penerima STR daripada kumpulan miskin dan miskin tegar akan terus menerima bantuan SARA, sepanjang tahun. Menurut Kementerian Kewangan, dengan penambahan ini, isi rumah berkelayakan akan menerima sehingga RM1,000 untuk pembayaran akhir STR bagi tahun…

Read More

Kapitalis kroni muncul lagi di bawah PMX

SEPANG 6 Nov. – Ahli Parlimen Pasir Gudang dari PKR, Hassan Abdul Karim mendakwa Kerajaan Madani pimpinan Anwar Ibrahim mulai tercalar apabila mengulangi ‘kesilapan besar’ yang pernah dilakukan ketika pentadbiran 22 tahun Perdana Menteri keempat Dr Mahathir Mohamad. Katanya, kesilapan Dr Mahathir dari aspek pembangunan ekonomi nasional ialah apabila Perdana Menteri keempat itu terjebak dalam ketaksuban membina golongan kapitalis kroni. “Nampaknya pentadbiran kerajaan PM kesepuluh Anwar Ibrahim yang baru berumur dua tahun sejak 24 November 2022 mulai terjebak juga dengan kesilapan  membina kapitalis kroni,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya…

Read More

PKR Sabah terbuka kerjasama PRN

KOTA KINABALU 6 Nov. – PKR Sabah terbuka untuk meneroka ruang kerjasama dalam usaha memperkukuhkan lagi kedudukan Kerajaan Madani bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17 (PRN17) yang dijadualkan tahun depan. Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN)  Mustapha Sakmud, berkata, pihaknya mengalu-alukan cadangan jawatankuasa rundingan kerusi PRN17 yang diutarakan Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor, baru-baru ini dalam usaha mengukuhkan kerjasama baik dan kestabilan politik sedia ada. Beliau berkata, bagi tujuan yang sama juga, PKR Sabah bersama rakan parti dalam Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) mengadakan perbincangan tidak rasmi semalam,…

Read More

Trump mendahului Harris

WASHINGTON – Keputusan awal Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat  (AS) 2024 yang berlangsung semalam waktu tempatan, mulai keluar dengan media negara ini mengunjurkan Donald Trump mendahului Naib Presiden, Kamala Harris. Trump mencatat kemenangan di Alabama, Arkansas, Florida, Indiana, Kentucky, Missouri, Oklahoma, Carolina Selatan, Tennessee dan Virginia Barat, setakat ini. Harris pula menguasai Maryland, Massachusetts, Vermont dan Washington DC. Harris pula menguasai Maryland, Massachusetts, Vermont dan Washington DC, setakat ini. Buat masa ini, keputusan berkenaan memberikan Harris daripada Demokrat 27 undi elektoral dan Trump daripada Republikan 105 undi elektoral. Harris, dan…

Read More