WASHINGTON – Calon Parti Republikan Donald Trump mengisytiharkan kemenangannya selepas beliau mendahului keputusan awal Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) 2024.
Trump memerlukan hanya satu lagi negeri untuk diumumkan secara rasmi sebagai pemenang apabila memperoleh 270 undi pilihan raya yang diperlukan, sekali gus melayakannya kembali semula ke Rumah Putih.
Menerusi ucapannya di Florida, Trump menyifatkan rakyat negara itu bakal menyambut ketibaan ‘zaman keemasan baharu’.
Bilionair hartanah sarat kontroversi itu juga diunjurkan memenangi kawalan majoriti di Dewan Senat.
“Ia adalah kejayaan besar buat rakyat Amerika yang membolehkan kita menjadikan negara ini hebat kembali,” katanya di West Palm Beach pada pagi Rabu ketika melaungkan slogan popular beliau, Make America Great Again.
Bilionair, Elon Musk yang merupakan antara pembiaya utama kempen Trump turut berada bersama beliau ketika calon GOP bersama para penyokongnya menanti keputusan kiraan undi yang dilakukan di setiap negeri.
“(Keputusan) ini merupakan sesuatu yang hebat dan luar biasa. Kita (Republikan) mempunyai ribuan kawan dalam gerakan luar biasa ini. Ini adalah gerakan yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Terus-terang saya katakan, ini merupakan politik terhebat sepanjang zaman,” kata Trump.
Beliau berkata demikian di hadapan ribuan penyokong di Pusat Konvensyen Palm Beach County, Florida, di sini, politik terhebat sepanjang zaman,” kata Trump.
“Tidak pernah perkara seperti ini berlaku di negara kita, dan sekarang merupakan tahap penting kerana kita perlu memulihkan Amerika Syarikat,” katanya yang
mengucapkan terima kasih kerana memilihnya semula sebagai Presiden yang ke-47.
Nnn