Perlukah kibar bendera China untuk raikan hubungan diplomatik 50 tahun?
Bagaimana dengan hubungan diplomatik dengan 194 negara lain di dunia (tidak termasuk negara Isr@el), perlukah dikibarkan bendera mereka apabila tiba masanya? Sejak bila bendera asing boleh dikibarkan dalam negara sesuka hati, dalam memperingati hubungan diplomatik? Adakah negara kita tidak ada dasar dan undang-undang? Belum reda isu di Teluk Intan, muncul pula di Johor Bahru? Seolah-olah dirancang…
Satu lagi, kenapa bendera negara China sahaja yang banyak dikibarkan? Adakah kerana kita ada rakyat berbangsa Cina? Apakah kita mahu rakyat negara kita berkiblatkan negara China?
Negara Indonesia, telah awal-awal lagi menyedari masalah ini, sebab ia boleh menimbulkan masalah kesetiaan dan patriotism. Sebab itu, sejak mula lagi, selepas merdeka, zaman Suharto, Indonesia memberikan kata dua, kepada orang Cina yang berhijrah atau mendatang ke negaranya, jika masih mahu berkiblatkan China, sila balik.
Namun, jika mahu tinggal di Indonesia, mesti berasimilasi, serap ke dalam majoriti, lupakan secara total negara asal. Tidak ada pilihan. Ikut cara hidup bangsa Indonesia. Perkara yang sama berlaku di negara Thailand, tidak ada kompromi dalam soal kesetiaan patriotism kepada negara.
Kita bagaimana? Kita terlalu bebas, meraikan diversiti, sehingga tenggelam identiti majoriti, identiti negara. Tidakkah kita sedar asal usul negara ini bernama Tanah Melayu, sehingga ke hari ini, dalam perlembagaan, kita masih bernama Semenanjung Tanah Melayu, walaupun telah membentuk Malaysia (1963).
Perayaan Guan Gong bukan perayaan rasmi Negara China. Tiba-tiba di Malaysia ia diraikan dalam skala sangat besar, atas nama unity in diversity.
Dalam kata lain, hanya Cina Malaysia ultra kiasu sahaja yang raikannya, secara besar-besaran sampai ke peringkat dunia, negara China dan negara lain tak ada pun. Hairan betul.
Alasan 50 tahun hubungan diplomatic Malaysia – China, maka perlu mengibarkan bendera China, amat dangkal dan tidak masuk akal, bodoh. Adakah negara China melakukan perkara yang sama.
Dalam dunia ini, kita ada 195 buah negara bangsa, hanya dengan Israel sahaja, kita tidak ada hubungan diplomatic, apakah itu bermakna kita perlu mengibarkan semua bendera 194 buah negara, dalam mengingati hubungan diplomatic itu? Cukup bodoh hujah ini.
Apakah selepas ini, setiap tahun perlu ingatkan hubungan diplomatik, pelancong asing negara terbabit akan mengibarkan bendera asing. Hujah ini sangat bodoh, termasuk Menteri dan Exco yang berada di belakang persatuan ini, yang cuba bersembunyi.
Apakah negara ini hanya dikunjungi pelancong China? Apakah benar dakwaan selama ini, pelancong China yang datang ke negara kita lebih sejuta orang tidak pernah keluar atau balik ke negara asal mereka? Jika begitu keadaannya, ke manakah mereka, adakah disorok oleh Persatuan Guan Gong? Persatuan ini perlu disiasat hingga ke akar umbi. Apakah persatuan ini yang mencetak bendera China yang dikibarkan itu?
Terbaharu, perayaan sama disambut di Johor Bahru, selain turut mengibarkan bendera China, bendera negara lain seperti Thailand, Vietnam dan lain-lain turut dikibarkan, atas dasar ada orang Thai dan Vietnam bersama. Ia tidk boleh dilakukan, tanpa kebenaran. Negara kita ada undang-undang. Begitu juga negara lain. Seperti yang telah saya sebut, di negara Singapura, kibaran bendera negara asing tidak dibenarkan, boleh dedenda dan dipenjara. Begitu juga di India, merujuk kepada pelancong Malaysia yang mengunjungi Taj Mahal. Akhirnya, membawa kepada permohonan maaf.
Jelas sekali bahawa perayaan ini mempunyai kaitan dengan ideologi yang dianuti. Maka tidak salah Pak Teh (YB Razman) menggunakan analogi, mata, kulit dan darah. Kiblat mereka masih negara negara asal usul. Ia dapat dibuktikan dengan surat seorang ahli korporat Cina Malaysia bergelar Tan Sri, berpandangan betapa perlu Cina Malaysia menjadi Cina dan berkiblatkan China.
Persaolannya di sini, bolehkah bendera kita dikibarkan sesuka hati di negara lain. Persoalan yang sudah ada jawapan. Tidak boleh. Kalau begitu pergilah ke negara China, kibarkan Jalur Gemilang di sana, ada berani ultra kiasu?
Aku, sebagai orang Cina, bersekolah di Teluk Inta, sekilas ikan di air, sudah ku tahu Jantan dan betinanya. Tak usahlah berdolak dalih, atas alasan ada juga jalur gemilang dan bendera negeri Perak dikibarkan.
Jika kamu rakyat Malaysia, yang baik dan setia, sudah tentu kamu nasihatkan pelancong Cina itu, supaya jangan kibarkan bendera negaranya, ia bersalahan dengan undang-undang negara, termasuk undang-undang PBT. Polis kena siasat dari mana datangnya bendera China tersebut, dibawa masuk daripada negara China, atau dicetak oleh kilang cetak di Teluk Intan. Saya yakin, ia mungkin telah dirancang dan sengaja dilakukan, bagi mengagungkan Cina.
Kamu gunakan alasan tindakan kita yang menentang ini akan menjejaskan kedatangan pelancong China, Hong Kong dan Taiwan. Daripada menjadi duri dalam daging dan membahayakan negara, baik tidak usah datang.
Apakah Guan Gong yang sedang diperkatakan ini? Mari kita fahami baik-baik. Guan Gong ini adalah Sangharama Bodhisattva, juga dikenali sebagai Guan Di, bermaksud paduka Guan, adalah seorang panglima perang kenamaan yang hidup pada zaman San Guo / Sam Kok (221 – 269 Masihi).
Guan Gong diberi gelar Han Shou Ting Hou. Guan Gong dipuja kerana kejujuran dan kesetiaan. Dia adalah lambang atau teladan kepahlawanan, janji, sumpah setia taat kepada China. Sebab itu Guan Gong dipuja dalam kalangan orang Cina Buddha sebagai lambang kesetiaan dan kejujuran.
Guan Gong juga dipuja sebagai Dewa Pelindung Perdagangan, Dewa Pelindung Kesusasteraan dan Dewa Pelindung Rakyat dari malapetaka peperangan yang mengerikan, dalam konteks negara China, bukan Malaysia. Jolokan Dewa Perang kepada Guan Gong bagi menghindarkan peperangan dan malapetaka.
Guan Gong ni asalnya dari Falun Gong yang diharamkan oleh kerajaan China. Ada sebahagian ahli daripada Falun Gong lari ke Malaysia. Terdapat 7 juta pengikut Falun Gong yang objektifnya ingin menjadikan negara China sebagai sebab negara Buddha Taoism. Begitu juga dengan kekacauan demonstrasi di Hong Kong tempoh hari. Ada sebahagian lari ke Malaysia
Perlu dingat bahawa ideologi Komunis China asasnya adalah Maoism atau Mao Ze Dong, diikuti Deng Xiao Peng atau Dengism yang kuat mempengaruhi perkembangan Komunis di rantau Asia Tenggara. Perkara ini perlu dilihat dengan serius oleh pihak berkuasa.
Sebenarnya, sedikit sebanyak perayaan ada berbau komunisme.
Realitinya, sambutan ini amat menggusarkan, sudahlah dibuat secara besar-besaran sehingga ke peringkat dunia. Apa tujuan di sebalik semua ini?
Buat pula perarakan secara besar-besaran di kawasan umum. Tidak langsung menjaga sensitiviti bangsa majoriti
Sudah sampai masanya kita ada garis panduan dalam merayakan aktiviti yang berkaitan dengan kaum ini, supaya tidak mengganggu ketenteraman awam, jangan sampai negara ini tidak ada identiti. Selain akta National Emblems, kita ada Dasar Kebudayaan Kebangsaan. DKK ini sangat jelas dalam soal sambutan dan persembahan kebudayaan.
Ini tidak, negara kita ini, bila tiba sambutan perayaan, seolah-olah negara ini seperti negara satu kaum, tenggelam habis identiti negara, seolah-olah negara ini bukan asal usul dalam kepulauan Melayu atau Tanah Melayu.
Contohi negara Brunei dalam meraikan diversiti. Identiti Brunei adalah Melayu Islam Beraja (MIB), mesti mendominasi.
Kebebasan juga diberikan kepada kaum lain, seperti kaum Cina untuk menyambut semua perayaan mereka. Tetapi hanya terhad di kawasan mereka sahaja. Tidak boleh dilakukan di tempat awam.
Saya fikir ini tindakan dan keputusan yang adil, kerana adil itu bukan seorang satu atau seorang sebiji, tetapi meletakkan sesuatu pada tempatnya. Brunei adalah negara Melayu Islam Beraja. Identitinya adalah berasaskan kepada Melayu Islam Beraja.
Identiti lain boleh diamalkan, tetapi berpada-pada. Terhad kepada tempatnya. Jika tidak, Brunei akan menjadi negara yang tidak ada identiti.
Perkara ini bukan suatu yang ganjil atau baharu. Semua negara mengamalkannya. Bangsa atau agama majoriti, akan menjadi identity negara, manakala minoriti, kebebasan diberikan, tetapi tidak boleh sampai menenggelamkan identiti negara, selaku majoriti.
Ingatan saya kepada ultra kiasu, jangan bermain dengan api, ia tidak membawa kebaikan kepada negara. Jangan gunakan alasan berbilang kaum, diversiti, bagi menghalalkan apa sahaja tindakan kamu meskipun mengganggu ketenteraman awam dan menimbulkan kegusaran rakyat. Negara ini ada sejarah dan asal usulnya, sama seperti kamu yang mendatang, ada sejarah dan asal usulnya. Jadi, nasihat saya, cubalah belajar merendah diri. Jangan bongkak dan sombong, kerana kita ada Cina Malaysia, bukan Cina Tiongkok. Kebongkakan terhadap bangsa tidak membawa kita ke mana, kerana kita hanya ada satu negara iaitu Malaysia. Ada asal usul dan sejarahnya.
Kepada pihak berkuasa, ambillah tindakan terhadap mereka, bukan tindakan balas kepada rakyat yang cintakan keamanan.