KUALA LUMPUR 30 Okt. – Projek Lebuhraya West Ipoh Span Expressway (WISE) dijangka dapat mengurangkan kesesakan trafik di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) bagi laluan Gopeng ke Kuala Kangsar di Perak sehingga 40 peratus. Menteri Kerja Raya Alexander Nanta Linggi berkata projek menelan belanja kira-kira RM6.2 bilion itu dijangka siap pada 2028. Jajaran Lebuhraya WISE menyediakan laluan alternatif kepada pengguna Terowong Menora yang sering menghadapi kesesakan disebabkan oleh bilangan kenderaan berat yang tinggi. Ini berdasarkan profil dan topografi berbukit di kawasan Gopeng ke Kuala Kangsar, Lebuhraya PLUS yang memperlahankan pergerakan kenderaan…
Read MoreDay: October 30, 2024
Jika menang boleh cuba nasi goreng USA
PUTRAJAYA 30 Okt. – “Kami tidak tahu bahawa seorang calon dari Malaysia bertanding untuk jawatan Presiden AS (Amerika Syarikat),”, kata Menteri Luar Mohamad Hasan melalui media sosial. Beliau memberi reaksi berjenaka terhadap dakwaan bahawa calon Presiden AS Kamala Harris mempunyai asal-usul keturunan di Malaysia seperti dakwaan pengulas politik AS, Tucker Carlson semasa perhimpunan bagi bekas Presiden, Donald Trump pada 27 Oktober lalu. Dakwaan itu mencetuskan rasa tidak percaya dan melucukan dalam kalangan rakyat Malaysia, yang terkejut apabila nama negara disebut dalam kempen pilihan raya AS. “Jika Puan Kamala menang, kami…
Read MoreUMNO, BN harap Najib dapat keadilan
KUALA LUMPUR 30 Okt. – UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan memberikan sokongan penuh kepada Najib Razak bagi memastikan bekas Perdana Menteri itu mendapat keadilan. Presiden UMNO merangkap. Pengerusi BN Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sebagai sahabat, beliau yakin Najib berada di pihak yang benar. “Mewakili UMNO dan Barisan Nasional juga sebagai seorang sahabat, kami yakin Datuk Seri Najib berada di pihak yang benar. Kami akan terus memberikan sokongan untuk memastikan beliau mendapat keadilan. Kami juga akan sentiasa mendoakan agar pelaku sebenar di sebalik penyelewengan 1MDB dibawa ke muka pengadilan,…
Read MoreProsiding 97 hari, hingga akhir 2025
KUALA LUMPUR 30 Okt. – Najib Razak akan mula membela diri pada 2 Disember ini terhadap empat tuduhan menggunakan kedudukan untuk suapan hampir RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan 21 tuduhan pengubahan wang haram. Hakim, Collin Lawrence Sequerah (kini hakim Mahkamah Rayuan) menetapkan prosiding selama 97 hari hingga akhir tahun 2025, bagi Najib menjawab semua tuduhan berkenaan. Tarikh yang ditetapkan itu ialah pada 2 hingga 6 dan 9-13 Disember ini, 6-10, 13-17, 20-24 Januari; 10-14, 17-21, dan 24-28 Februari; 3-5, 10-13 dan 24-28 Mac; 7-10, 15-17 dan 21-24…
Read MoreNajib, pasukan pembelaan kecewa
KUALA LUMPUR 30 Okt. – Pasukan pembelaan Najib Razak kecewa dengan keputusan Mahkamah Tinggi memerintahkan bekas Perdana Menteri itu membela diri dalam kes salah guna kuasa dan pengubahan wang haram dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Peguam, Muhammad Shafee Abdullah, berkata anak guamnya turut berasa sangat kecewa dengan keputusan itu, namun akan bersiap bersedia dengan pembelaaan. “Pertama, kami berasa amat kecewa, anak guam saya sangat kecewa kerana kami telah mengemukakan hujah-hujah yang kami harapkan akan diberi pertimbangan serius. Yang kedua, kami berasakan bahawa banyak bukti yang dipertimbangkan oleh hakim adalah berdasarkan…
Read More25 tuduhan sah, tidak cacat
KUALA LUMPUR 30 Okt. – Empat tuduhan menyalahgunakan kedudukan untuk mendapatkan suapan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan 21 tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM2.3 bilion yang dihadapi Najib Razak adalah sah, dan tidak cacat. Hakim Collin Lawrence Sequerah memutuskan demikian ketika membacakan penghakiman Mahkamah Tinggi, di akhir kes pendakwaan. Sequerah berkata, tuduhan yang dikenakan ke atas Najib tidak kabur dan bekas perdana menteri itu tidak dikelirukan serta tidak diprejudiskan berhubung kesalahan berkenaan. Najib yang juga bekas perdana menteri dan menteri kewangan didakwa dengan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh…
Read MoreNajib diarah bela diri 25 tuduhan
KUALA LUMPUR 30 Okt. – Bekas Perdana Menteri, Najib Razak diarahkan untuk membela diri terhadap empat tuduhan menyalahgunakan kedudukan berhubung dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), serta 21 tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM2.3 bilion. Hakim Collin Lawrence Sequerah (kini Hakim Mahkamah Rayuan) dalam alasan penghakimannya berkata, pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Najib. Mengikut kertas pertuduhan, Najib, 71, yang juga bekas Presiden UMNO, didakwa melakukan kesalahan itu ketika menjawat jawatan selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Terdahulu Najib dilaporkan menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan…
Read MoreMalaysia kecam RUU Israel haram UNRWA
PUTRAJAYA 30 Okt. – Malaysia mengecam keputusan rang undang-undang (RUU) Parlimen Israel(Knesset) yang mengharamkan Agensi Bantuan dan Kerja untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) beroperasi di Wilayah Pendudukan Baitulmaqdis, Tebing Barat dan Gaza. Kementerian Luar dalam satu kenyataan, hari ini, berkata Malaysia mengutuk tindakan berkenaan sebagai serangan terang-terangan terhadap agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). “Ia merupakan penempelakan serius kepada masyarakat antarabangsa dan kehormatan sesebuah agensi kemanusiaan antarabangsa. “Malaysia menegaskan sekali lagi bahawa rejim Zionis Israel tidak mempunyai kedaulatan ke atas negara Palestin yang dijajah, termasuk Baitulmaqdis, di mana kehadiran…
Read MoreRidhuan Tee Abdullah ulas isu bendera
Perlukah kibar bendera China untuk raikan hubungan diplomatik 50 tahun? Bagaimana dengan hubungan diplomatik dengan 194 negara lain di dunia (tidak termasuk negara Isr@el), perlukah dikibarkan bendera mereka apabila tiba masanya? Sejak bila bendera asing boleh dikibarkan dalam negara sesuka hati, dalam memperingati hubungan diplomatik? Adakah negara kita tidak ada dasar dan undang-undang? Belum reda isu di Teluk Intan, muncul pula di Johor Bahru? Seolah-olah dirancang… Satu lagi, kenapa bendera negara China sahaja yang banyak dikibarkan? Adakah kerana kita ada rakyat berbangsa Cina? Apakah kita mahu rakyat negara kita berkiblatkan…
Read More