Bendera: Jangan salah erti kenyataan

IPOH 26 Okt. – Menteri Besar, Saarani Mohamad, meminta agar kenyataannya berhubung tindakan kumpulan individu mengibarkan bendera China pada perarakan Sambutan Guan Gong Sedunia di Teluk Intan, kelmarin, tidak disalahertikan.

Beliau berkata, pendirian kerajaan negeri sangat jelas bahawa apa jua kegiatan dalam penganjuranatau perhimpunan, adalah tidak menjadi kesalahan selagi ia memenuhi dan mengikuti peraturan serta undang-undang sedia ada.

Katanya, perbuatan yang menjadi kesalahan ialah jika ada mana-mana warga Malaysia mengibarkan bendera asing kerana ia adalah tindakan dilihat mengagung-agungkan negara lain

“Tindakan warga asing mengibarkan bendera kebangsaan masing-masing di luar negara, bukan sesuatu yang janggal. Malah, pemandangan sedemikian biasa dilihat dalam banyak perhimpunan di luar negara, termasuk dalam temasya sukan.

“Bagaimanapun, perbuatan sedemikian tetap tertakluk kepada peraturan serta undang-undang ditetapkan pihak berkuasa sesebuah negara,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Justeru, Saarani menjelaskan bahawa pada sidang medianya semalam, beliau sendiri mengesyorkan kes itu disiasat pihak berkuasa sama ada insiden berkenaan membabitkan warga asing atau sebaliknya.

“Dalam konteks kejadian di Teluk Intan, pihak polis sedang melakukan siasatan terhadap kumpulan berkenaan mengikut saluran undang-undang, termasuk Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

“Sehubungan itu, saya meminta semua pihak supaya memberi sepenuh kepercayaan kepada pihak berkuasa untuk membuat siasatan serta mengambil tindakan tegas jika ada berlaku pelanggaran peraturan atau undang-undang,” katanya.

Terdahulu, Saarani dilaporkan berkata, tindakan mengibarkan bendera China pada perarakan berkenaan sebagaimana tular, tiada salahnya jika ia dilakukan oleh pelancong atau rakyat negara Tembok Besar itu sendiri.

Saarani berkata, perbuatan mengibarkan bendera sebaliknya menjadi kesalahan malah jenayah jika dilakukan rakyat tempatan, warga Malaysia.

Katanya, analogi serupa adalah apabila rakyat Malaysia sendiri yang berada di negara luar seperti United Kingdom umpamanya, mengibarkan bendera Malaysia Jalur Gemilang ketika berhimpun di negara terbabit.

Saya berfikir, adakah rakyat negeri (negara) China yang datang ke Malaysia lalu mengibarkan bendera negaranya, adalah jenayah? Pada saya tiada masalah dan bukan jenayah sebab dia bukan rakyat Malaysia.

“Yang menjadi salah adalah kalau rakyat Malaysia yang berketurunan Cina, tiba-tiba bawa bendera China, kerana itu (memberi) gambaran salah seolah-olah dia mengagungkan bendera negara luar.

Orang (warga) Malaysia dekat London pun ada waktunya apabila kita berhimpun kita bawa bendera Malaysia. Tetapi ia tak salah sebab orang Malaysia mengagungkan bendera Malaysia, …itu kena tengoklah, saya tak pasti,” katanya.

Saarani berkata, perkara itu wajar diserahkan kepada polis dan pada masa sama beliau akui ia dapat menjadi modal untuk dipolitikkan pembangkang.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment