Bendera: Jangan salah erti kenyataan

IPOH 26 Okt. – Menteri Besar, Saarani Mohamad, meminta agar kenyataannya berhubung tindakan kumpulan individu mengibarkan bendera China pada perarakan Sambutan Guan Gong Sedunia di Teluk Intan, kelmarin, tidak disalahertikan. Beliau berkata, pendirian kerajaan negeri sangat jelas bahawa apa jua kegiatan dalam penganjuranatau perhimpunan, adalah tidak menjadi kesalahan selagi ia memenuhi dan mengikuti peraturan serta undang-undang sedia ada. Katanya, perbuatan yang menjadi kesalahan ialah jika ada mana-mana warga Malaysia mengibarkan bendera asing kerana ia adalah tindakan dilihat mengagung-agungkan negara lain “Tindakan warga asing mengibarkan bendera kebangsaan masing-masing di luar negara,…

Read More

Tiada lagi sewaan khemah biru di pantai PD

PORT DICKSON 26 Okt . – Mulai 18 November ini, semua aktiviti sewaan khemah biru dihentikan di Pantai Telok Kemang, Pantai Tanjung Biru dan Pantai Cermin. Notis dikeluarkan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) itu antara lain memaklumkan semua khemah dan peralatannya perlu dibersihkan dari tapak perniagaan. Surat ditandatangani Yang Dipertua MPPD, Hasnor Abd Hamid itu, menyenaraikan alasan tindakan terbabit, termasuk aktiviti sewaan khemah biru di Pantai Telok Kemang menjejaskan nama baik Port Dickson sebagai pantai peranginan. “Ini ditambah lagi dengan tindakan segelintir peniaga yang menghalau orang awam daripada menggunakan pantai…

Read More

Nafi hubungan rahsia Putin-Musk

MOSCOW – Kremlin menafikan laporan The Wall Street Journal (WSJ) bahawa Presiden Russia, Vladimir Putin dan bilionair Amerika Syarikat (AS), Elon Musk menjalin hubungan secara rahsia sejak 2022. Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov berkata, laporan berkaitan yang disiarkan akhbar itu sama sekali tidak benar. WSJ dalam laporannya mendakwa Putin membincangkan hal peribadi dan politik dengan individu terkaya di dunia yang turut menyokong kempen pilihan raya Donald Trump menerusi pendanaan dan mesej di platform Xnya. Laporan itu mendakwa Putin meminta Musk mengelak daripada mengaktifkan perkhidmatan internet satelit Starlinknya di Taiwan sebagaimana diminta…

Read More

Vaksin baru mulai 28 Oktober di Singapura

SINGAPURA – Mulai Isnin ini, 28 Oktober, Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) akan memperkenalkan vaksin Covid-19 terkini iaitu JN.1 Pfizer-BioNTech/Comirnaty dan JN.1 Moderna/Spikevax untuk Pengenalan vaksin itu berikutan saranan Jawatankuasa Pakar Pengimunan (ECI) bagi tahun 2024/2025. Menurut kenyataan MOH, vaksinasi ini sangat digalakkan untuk golongan yang berisiko tinggi mengalami Covid-19 yang teruk, termasuk warga emas dan individu yang mempunyai masalah kesihatan. ECI, sebuah jawatankuasa tetap yang memberikan nasihat mengenai pengimunan yang disyorkan di peringkat kebangsaan untuk kanak-kanak dan orang dewasa, mengesyorkan bahawa individu yang berisiko tinggi mengalami Covid-19 teruk perlu menerima…

Read More