Nafi hubungan rahsia Putin-Musk

MOSCOW – Kremlin menafikan laporan The Wall Street Journal (WSJ) bahawa Presiden Russia, Vladimir Putin dan bilionair Amerika Syarikat (AS), Elon Musk menjalin hubungan secara rahsia sejak 2022.

Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov berkata, laporan berkaitan yang disiarkan akhbar itu sama sekali tidak benar.

WSJ dalam laporannya mendakwa Putin membincangkan hal peribadi dan politik dengan individu terkaya di dunia yang turut menyokong kempen pilihan raya Donald Trump menerusi pendanaan dan mesej di platform Xnya.

Laporan itu mendakwa Putin meminta Musk mengelak daripada mengaktifkan perkhidmatan internet satelit Starlinknya di Taiwan sebagaimana diminta pemimpin China, Xi Jinping.

Peskov berkata, Putin pernah berhubung menerusi telefon dengan Musk sebelum 2022 di mana perbualan serius mengenai teknologi yang lebih berwawasan dan untuk masa depan.

Katanya panggilan telefon antara mereka agak panjang dan itu satu-satunya komunikasi membabitkan keduanya, selepas itu tidak ada hubungan antara Putin dan Musk.

Peskov berkata, laporan AS itu kemungkinan besar adalah satu lagi cerita palsu ketika kempen pilihan raya AS.

Katanya , seminggu lalu,, mereka berkata Putin berbual dengan Trump sepanjang hari dan kini dia dikatakan bercakap dengan Musk.

Nnn

Related posts

Leave a Comment