Semak daftar pengundi baharu

PUTRAJAYA 22 Okt. – Semakan Daftar Pemilih Tambahan Bulan September Tahun 2024 (DPT BLN9/2024) boleh dibuat untuk tempoh 30 hari sehingga 20 November depan, kata Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),  Ikmalrudin Ishak. DPT BLN9/2024 yang diperaku dan diwartakan hari ini, mengandungi 42,479 nama warganegara berumur 18 tahun dan ke atas, dalam tempoh 1 hingga 30 September 2024 yang didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu. Selain itu ia mengandungi 8,172 pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya dan 2,031 pemilih bertukar status atau kategori pengundi. Berdasarkan rekod lalu,  DPT BLN8/2024 yang…

Read More

Motif bunga raya logo pengerusi ASEAN

PUTRAJAYA 22 Okt . – Motif bunga raya yang menjadi logo rasmi Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 membawa mesej kesatuan dan perpaduan dalam kalangan negara anggota. Logo rasmi itu merangkumi empat warna iaitu merah, putih, biru dan kuning yang melambangkan semua negara anggota ASEAN. Stigma pada logo itu juga membawa mesej enam nilai teras yang terdapat dalam MADANI iaitu Kemampanan, Kesejahteraan, Daya Cipta, Hormat, Keyakinan dan Ihsan. Bertemakan ‘Keterangkuman dan Kemampanan’, logo terbabit direka oleh Muhamad Khalis Syafiq Mohamad Nasir, pemenang pertandingan logo ASEAN yang diadakan awal tahun ini. Logo terbabit diilhamkan…

Read More

Noktah miskin tegar tanpa kira kaum

KUALA LUMPUR 22 Okt. – Pendekatan kerajaan dalam menoktahkan miskin tegar dan membasmi kemiskinan dilaksanakan tanpa mengira kaum, walaupun hakikatnya majoriti dalam kategori miskin itu adalah Melayu Bumiputera. Perdana Menteri  Anwar Ibrahim menarik perhatian, contohnya di Kuala Lumpur, majoriti miskin tegar itu adalah Melayu, namn jumlah masyarakat India dalam kategori itu juga besar. “Tapi apabila kita selesaikan kemiskinan tegar di Kuala Lumpur, kita tak ikut kaum. Maknanya, semua masyarakat miskin atau kategori miskin tegar – Melayu satu jumlah kecil di kalangan masyarakat Cina, tapi (jumlah) besar dalam masyarakat India. Tidak…

Read More

Lantikan ahli lembaga berdasar kekayakan

KUALA LUMPUR 22 Okt. –  Pelantikan Ahli Lembaga Pengarah syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dibuat berdasarkan kelayakan, kata Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata, syarat dan keutamaan pelantikan ahli lembaga pengarah GLIC dan GLC diberikan kepada golongan profesional, tetapi tidak mendiskriminasi orang politik. Katanya, pelantikan ahli lembaga pengarah juga perlu melalui beberapa proses termasuk semakan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Bank Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis. “Namun institusi kewangan dan beberapa agensi yang terikat kepada kewangan tidak diizinkan ahli politik dalam ahli…

Read More

Malaysia import 1,358,718 tan beras

KUALA LUMPUR 22 Okt. – Setakat September lalu, Malaysia mengimport 1,358,718 tan beras dari negara Thailand, Vietnam, Pakistan, Kemboja, India, Taiwan, Korea Selatan, Jepun, Indonesia, Myanmar dan Sepanyol. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu, berkata daripada jumlah itu, sebanyak 549,824 tan diimport dari Vietnam. Malaysia turut mengimport 349,832 tan dari Pakistan diikuti Thailand (178,056), India (229,451), Kemboja (38,397), Myanmar (12,575), Korea (250), Taiwan (170), Jepun (142), Indonesia (13) dan Sepanyol (lapan). Mohamad, berkata kementerian sedang melaksanakan pelbagai inisiatif merangkumi rancangan jangka pendek, sederhana dan panjang bagi memastikan produktiviti beras…

Read More

Kali ke-11 Blinken ke Asia Barat runding damai

WASHINGTON – Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken, sekali lagi ke Asia Barat semalam, selepas melihat wujud peluang baharu melaksanakan gencatan senjata di Gaza, susulan pembunuhan pemimpin Hamas, Yahya Sinwar. Ini merupakan lawatannya yang ke-11 ke Asia Barat sejak perang meletus setahun lalu, dengan dalam lawatan terakhirnya ke Israel Ogos lalu, beliau memberi amaran ia mungkin peluang terakhir untuk melaksanakan rancangan gencatan senjata. Bagaimanapun, dorongan itu tidak berjaya bahkan konflik Israel-Palestin terus meningkat dan berkembang sejak itu, dengan rejim Zionis melancarkan serangan terhadap Lubnan, sambil memberi amaran akan melancarkan…

Read More

Israel sasar jejas kewangan Hizbullah

BEIRUT – Israel menyerang kira-kira 300 sasaran Hizbullah di Lubnan dalam tempoh 24 jam, dalam usaha menjejaskan kewangan kumpulan itu dan pada masa sama terus menggempur Gaza. Sejak kelmarin, tentera rejim Zionis, mendakwa memusnahkan bilik kebal mengandungi peti besi bawah tanah dengan wang tunai dan emas bernilai puluhan juta dolar di hampir 30 sasaran firma cabang kewangan yang ada kaitan dengan Hizbullah, Al-Qar al-Hassan, Jurucakap Tentera Israel, Laksamana Muda Daniel Hagari, mendakwa wang dan emas dalam peti besi itu digunakan untuk membiayai serangan Hizbullah ke atas Israel manakala satu lagi…

Read More