Qari, Qariah Malaysia johan tilawah

KUALA LUMPUR 12 Okt. – Qari dan qariah Malaysia dinobat johan Tilawah Al-Quran bagi kategori masing-masing pada Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-64 malam ini. Muhammad Husaini Mahmur diumumkan sebagai pemenang dalam kategori qari dengan markah 95.71 peratus, Abdur Rasheed dari Pakistan di tempat kedua (93.59 peratus) dan ketiga ialah Wahyu Andi Saputra dari Indonesia (92.09 peratus). Bagi kategori qariah, Nor Hidayah Abdul Rahman muncul johan dengan markah 91.76 peratus, diikuti peserta Filipina Raihana Ambangala di tempat kedua (90.26 peratus) dan Syamimi Assahira dari Indonesia di tempat…

Read More

Kapal perang sudah belayar, kita masih berlegar-legar

KETIKA kapal tentera laut China mungkin sudah meneruskan pelayarannya selepas ‘singgah berlabuh’ di Pulau Pinang, rakyat Malaysia terutama melalui media sosial, masih lagi ‘berlegar-legar’ membincangkan isu ini. Kenapa begitu? Bukankah kapal perang yang sedang dalam pelayaran lazimnya akan singgah di mana-mana pelabuhan? Bukannya sesuatu yang luar biasa kapal perang berlabuh di pelabuhan Malaysia termasuk di Klang dan Pulau Pinang. Suatu masa dulu ketika penulis bertugas di Pulau Pinang, pelbagai jenis kapal berlabuh di Swettenham Pier termasuklah kapal milik tentera atau kapal pesiaran pelancong. Media sering dijemput untuk membuat liputan atau…

Read More

Jangan timbul keraguan RUU Mufti

PUTRAJAYA 12 Okt. – Tafsiran yang salah terhadap Rang Undang-Undang (RUU) Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 hanya akan menimbulkan salah faham dan menghalang usaha murni kerajaan memperkukuh pentadbiran Islam di negara ini. Justeru Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar meminta semua pihak supaya tidak sesekali menimbulkan keraguan dalam kalangan masyarakat Islam dan bukan Islam berhubung RUU terbabit. Beliau berkata, pelbagai dakwaan yang dibangkitkan segelintir pihak, antaranya berkaitan fungsi dan kuasa mufti di bawah sistem perundangan negara perlu diperbetulkan. Dr Mohd Na’im menjelaskan RUU Mufti…

Read More

Israel kritik laporan Col

GENEVA – Israel mengkritik laporan siasatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mendakwa negara itu sengaja berusaha memusnahkan sistem penjagaan kesihatan di Semenanjung Gaza dan menyalahgunakan tahanan Palestin. Suruhanjaya Siasatan Bebas Antarabangsa PBB (CoI) berkata, Israel melaksanakan dasar yang diselaraskan untuk memusnahkan sistem penjagaan kesihatan di Gaza. Menurut laporan yang diterbitkan itu, Israel melakukan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan melalui pembunuhan dengan serangan tanpa henti dan sengaja terhadap petugas perubatan serta kemudahan perubatan. Israel bagaimanapun dengan tegas menafikan tuduhan itu dan menganggap ia sesuatu yang keterlaluan dalam satu kenyataan daripada…

Read More

Hampir tiada khidmat kesihatan

GENEVA – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan hampir tiada lagi perkhidmatan kesihatan yang masih berfungsi di utara Gaza, ketika Israel terus menyekat misi bantuan daripada memasuki wilayah itu. Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Ghebreyesus berkata dua misi WHO ke utara Gaza disekat dan ditolak lagi oleh pendudukan Israel. “Utara Gaza hampir tidak mempunyai perkhidmatan kesihatan lagi. Penduduk tiada tempat untuk pergi,” katanya dalam satu hantaran di platform X yang dahulunya dikenali sebagai Twitter. Beliau menggesa Israel supaya menghentikan arahan pemindahan dan melindungi hospital. Tedros turut menggesa Israel untuk memudahkan misi…

Read More