KUALA LUMPUR 9 Okt. – Tidak masuk akal sambutan meriah diberikan terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang baru-baru ini terutama ketika perairan Malaysia iaitu di Sabah dan Sarawak diceroboh oleh aset negara berkenaan. Pengerusi Biro Antarabangsa Bersatu, Saifuddin Abdullah, berkata kerajaan perlu lebih sensitif dalam mengendalikan sesuatu majlis agar tidak menimbulkan kemarahan rakyat. “Mengapa sambut meriah kapal tentera laut China? Adakah Kementerian Luar Negeri dirujuk terlebih dahulu? Adakah ini keputusan Kementerian Pertahanan? Mengapa mereka diberi sambutan begitu hangat? Mengapa mereka diizinkan melawat ke sekolah?…
Read MoreDay: October 9, 2024
Fenomena air pasang 18 – 21 Okt.
TANJONG 9 Okt. – Berdasarkan Jadual Pasang Surut Malaysia 2024, Pulau Pinang dijangka mengalami fenomena air pasang besar antara 18 hingga 21 Oktober ini, kata Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri, Mohd Nazri Yasmin. Katanya,, berdasarkan jadual itu paras air laut pasang tertinggi di perairan Pulau Pinang akan mencecah antara 2.8 hingga 3.1 meter CD (Chart Datum) dan waktu puncak air pasang besar itu adalah antara tengah malam hingga awal pagi. “Pertembungan hujan lebat dalam tempoh sejam dengan air pasang tinggi akan berisiko tinggi kepada kawasan pinggir pantai dan…
Read MoreJawatankuasa pemulihan kanak-kanak GISB
SHAH ALAM 9 Okt . – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan supaya diwujudkan segera jawatankuasa berhubung pemulihan kanak-kanak diselamatkan dari GISB Holdings (GISBH). Selangor Royal Office menerusi hantaran di laman Facebook memaklumkan, baginda mahu perkara ini dikendalikan dengan segera dan tidak dilengah-lengahkan kerana membabitkan masa depan kanak-kanak yang terlibat. Jawatankuasa itu bertanggungjawab bagi penghasilan kertas kerja yang terperinci untuk mengenal pasti kaedah pemulihan terbaik membabitkan lebih 600 kanak-kanak berkenaan. Menurut hantaran itu, jawatankuasa ini kelak akan melapor terus kepada Sultan Selangor serta bertanggungjawab memulihkan kanak-kanak berkenaan seterusnya diintegrasikan…
Read MorePKDM bergerak solo hadapi PRN
PENAMPANG 9 Okt. – Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (PKDM) akan bertanding antara 30 hingga 35 kerusi secara solo pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) yang dijangka berlangsung tahun depan. Presidennya, Peter Anthony berkata keputusan itu diambil selepas mengambil kira kedudukan PKDM yang dianggap sebagai parti kecil manakala kerusi yang akan ditandingi adalah kawasan yang ramai pengundi Kadazandusun dan Murut. “Pimpinan parti kita sebulat suara memutuskan untuk bergerak secara solo kerana kita ini parti kerdil, bukan macam mereka (parti lain), ada PAs, ada PN (Perikatan Nasional). Mana ada orang mahu parti…
Read MoreApa selepas ‘tutup buku’ kerajaan Perpaduan Johor
SELEPAS ‘membiarkan’ sekutunya Amanah bersendirian membangkitkan isu pembentukan Kerajaan Perpaduan di Johor, akhirnya DAP tampil berterus terang bahawa parti itu tidak ‘akan mengemis’ jawatan kerajaan negeri. Setiausaha Agungnya, Anthony Loke dilaporkan berkata, jika mahukan jawatan kerajaan, “kita lawan pada pilihan raya dan menang”. “DAP tak pernah ‘buka buku’ pun pasal Kerajaan Perpaduan, jadi jangan salahkan DAP kerana kita tak pernah cadang, ungkit atau tuntut ia ditubuhkan. Jangan ada mana-mana pihak pun nak menyalahkan DAP,” kata Loke. Nampaknya, DAP tidak gelojoh atau bersikap ‘lebih sudu dari kuah’ seperti dilabelkan Ahli Majlis…
Read MoreImpian Sabah mahu tanding 73 kerusi
PITAS 9 Okt. – Parti Impian Sabah (PIS) yang ditubuhkan Disember tahun lalu yang berpangkalan di utara negeri ini bersiap sedia untuk bertanding semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada pilihan raya negeri ke-17 (PRN17). Timbalan Persiden, Rakman Shakmat, berkata parti baharu itu bersiap sedia sepenuhnya menghadapi PRN Sabah menerusi penubuhan 73 bahagian di negeri ini. “Bahagian pertama PIS dilancarkan secara rasmi di Pitas semalam sebagai pangkalan utama penyelarasaan gerak kerja parti dalam menghadapi PRN17. PIS bersiap sedia bertanding semua 73 kerusi DUN Sabah pada PRN17,” katanya. Melalui…
Read MoreBerita pilihan…
Bangunan di Damsyek turut jadi sasaran
DAMSYIK – Sekurang-kurangnya tujuh orang awam terbunuh dalam serangan udara Israel di Damsyik pada Selasa yang menyasarkan sebuah bangunan yang digunakan oleh Pengawal Revolusi Iran dan Hezbollah Lubnan. Kementerian Pertahanan Syria melaporkan wanita dan kanak-kanak antara yang terbunuh dalam serangan ke atas bangunan kediaman dan komersial di kejiranan Mazzeh di ibu negara yang menempatkan kedutaan dan ibu pejabat keselamatan. Laporan itu turut menyebut, jumlah kematian yang direkodkan dalam serangan itu merupakan angka awal kerana anggota pasukan penyelamat masih lagi menjalankan kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa dalam runtuhan itu. Observartori Hak…
Read MoreLubnan akan derita seperti Gaza
PERDANA Menteri Israel Benjamin Netanyahu Lubnan akan “musnah dan menderita seperti yang disaksikan di Gaza” susulan kemaraan tentera darat Israel di selatan Lubnan dengan tambahan ribuan anggota baharu. Katanya, rakyat Lubnan masih berpeluang untuk menyelamatkan negara sebelum berlakunya peperangan yang akan menyaksikan kemusnahan dan penderitaan seperti di Gaza dengan menyingkirkan kumpulan Hezbollah. “Saya menyeru kepada rakyat Lubnan untuk menyingkirkan kumpulan Hezbollah supaya peperangan ini boleh berakhir,” katanya. Netanyahu juga mendakwa Angkatan Pertahanan Israel (IDF) berjaya membunuh pengganti pemimpin Hezbollah, Hassan Nasrallah, iaitu Hashem Safieddine dalam satu serangan udara pada Selasa.…
Read More