Bangunan di Damsyek turut jadi sasaran

DAMSYIK – Sekurang-kurangnya tujuh orang awam terbunuh dalam serangan udara Israel di Damsyik pada Selasa yang menyasarkan sebuah bangunan yang digunakan oleh Pengawal Revolusi Iran dan Hezbollah Lubnan.

Kementerian Pertahanan Syria melaporkan wanita dan kanak-kanak antara yang terbunuh dalam serangan ke atas bangunan kediaman dan komersial di kejiranan Mazzeh di ibu negara yang menempatkan kedutaan dan ibu pejabat keselamatan.

Laporan itu turut menyebut, jumlah kematian yang direkodkan dalam serangan itu merupakan angka awal kerana anggota pasukan penyelamat masih lagi menjalankan kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa dalam runtuhan itu.

Observartori Hak Asasi Manusia Syria yang berpangkalan di Britain berkata: “Israel menyasarkan bangunan yang sering dikunjungi oleh Pengawal Revolusi kanan dan koperasi Hezbollah serta sebuah kereta yang diletakkan di hadapan bangunan itu”.

Ketua Observatori, Rami Abdel Rahman berkata, sekurang-kurangnya dua daripada yang maut merupakan warga asing, tanpa menyatakan kewarganegaraan mereka.

Sementara itu, Kedutaan Iran pula memberitahu, tiada seorang pun daripada warganya yang menjadi mangsa dalam serangan itu.

Minggu lalu, Observatori berkata, serangan Israel ke atas Mazzeh membunuh empat orang, termasuk menantu pemimpin Hezbollah, Allahyarham Hassan Nasrallah yang terbunuh dalam serangan udara Israel di selatan Beirut bulan lalu.

Iran dan Hezbollah Lubnan telah menjadi antara sekutu terpenting kerajaan Syria dalam perang saudara lebih sedekad di negara itu.

Lebih 400,000 orang, kebanyakannya pelarian Syria yang pulang, telah menyeberang ke Syria sejak dua minggu lalu, melarikan diri dari serangan udara Israel yang berterusan ke atas Lubnan.

Related posts

Leave a Comment