PETALING JAYA 4 Okt. – Muhyiddin Yassin mengekalkan jawatan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) manakala Hamzah Zainudin menang tanpa bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden.
Bagaimanapun, pengisytiharan rasmi kemenangan kedua-dua calon tunggal itu hanya akan dibuat selepas selesai persidangan bahagian pada 2 November depan.
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Mas Ermieyati Samsudin pula menang tanpa bertanding bagi jawatan Ketua Srikandi selepas penyandang, Rina Mohd Harun menarik diri dari bertanding.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Bersatu, Saiful Adli Arshad pada sidang media di sini berkata, hanya seorang calon disahkan layak bertanding untuk jawatan Naib Ketua Srikandi iaitu Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi dari Bahagian Kampar.
Bagi jawatan Naib Presiden, enam orang akan bertanding iaitu Ahmad Faizal Azumu, A’ziss Zainal Abiddin dari Bahagian Batu Kawan, Dr Ronald Kiandee (Beluran), Dr Radzi Jidin (Putrajaya), Razali Idris (Marang) dan Mohd Rafiq Abdullah (Sungai Buloh).
Ahmad Faizal sebelum ini adalah Timbalan Presiden manakala Dr Radzi dan Dr Ronald penyandang jawatan Naib Presiden.
“Bagi jawatan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), terdapat 80 calon yang disahkan layak bertanding untuk mengisi 20 jawatan,” katanya.
Katanya, bagi jawatan Ketua Armada Malaysia, terdapat dua pencalonan yang layak bertanding iaitu Muhammad Hilman Idham dari Bahagian Gombak dan Akmal Zahin Zainal Abidin (Seputeh).
Bagi jawatan Ketua Srikandi Muda Malaysia, ada tiga pencalonan, iaitu Nurul Ezzati Azmi (Kampar), Hefvihervina Rohayu Hariyanto (Ayer Hitam) dan Nurul Fadzillah Kamaluddin (Gombak).
“Terdapat dua pencalonan bagi jawatan Ketua Sayap Bersekutu Malaysia, iaitu Vasantha Kumar a/l Krishnan (Bangi) dan Dr Chong Fat Full (Ledang),” katanya.
Secara keseluruhan, beliau berkata, 93 calon bertanding bagi peringkat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Jawatankuasa Armada Malaysia (53), Jawatankuasa Srikandi Muda Malaysia (39) dan Jawatankuasa Sayap Bersekutu Malaysia (27).
Menurutnya, bagi pemilihan parti itu di peringkat nasional, pihaknya telah menerima sebanyak 276 borang pencalonan pada 21 September lalu.
Katanya, borang itu melibatkan jawatan di peringkat MPT, Jawatankuasa Srikandi Malaysia, Jawatankuasa Armada Malaysia, Jawatankua
