Iswardy diperintah bela diri

KUALA LUMPUR 4 Okt. – Seorang aktivis PKR Iswardy Morni, diperintahkan membela diri atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan menerusi laman sosial Facebook miliknya yang berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong, tiga tahun lalu. Hakim Mahkamah Sesyen Datuk M M Edwin Paramjothy memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Iswardy Morni, 47, pada akhir kes pendakwaan. “Setelah meneliti keterangan saksi pendakwaan dan hujahan kedua-dua pihak, saya mendapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh. Oleh itu, tertuduh diperintah membela diri,” katanya. Prosiding itu…

Read More

Azmin tidak bertanding sebarang jawatan,

PETALING JAYA 4 Okt. – Ketua Penerangan Parti Perikatan Nasional (PN)  Mohamed Azmin Alitidak akan bertanding sebarang jawatan tertinggi dalam pemilihan Bersatu bagi penggal 2024-2027. Azmin sebelum ini dilaporkan akan ditawarkan jawatan Setiausaha Agung oleh presiden parti,  Muhyiddin Yassin susulan penyandang sekarang Hamzah Zainudin bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang itu bagaimanapun hanya akan mempertahankan Ketua Bahagian Gombak. Sementara itu Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal akan  bertanding jawatan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) selepas tidak lagi layak mempertahankan jawatan sekarang disebabkan…

Read More

Muhyiddin, Hamzah menang tanpa bertanding

PETALING JAYA 4 Okt. – Muhyiddin Yassin mengekalkan jawatan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) manakala Hamzah Zainudin menang tanpa bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden. Bagaimanapun, pengisytiharan rasmi kemenangan kedua-dua calon tunggal itu hanya akan dibuat selepas selesai persidangan bahagian pada 2 November depan. Ahli Parlimen Masjid Tanah, Mas Ermieyati Samsudin pula menang tanpa bertanding bagi jawatan Ketua Srikandi selepas penyandang, Rina Mohd Harun menarik diri dari bertanding. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Bersatu, Saiful Adli Arshad pada sidang media di sini berkata, hanya seorang calon disahkan layak bertanding…

Read More

Pelaburan tak wujud, rugi RM124,000

KOTA TINGGI 4 Okt. –  Seorang lelaki mendakwa kerugian RM124,000 selepas terpedaya pelaburan tidak wujud yang diiklankan atas nama L-Trader di Facebook (FB) pada bulan Mei lalu, kata Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman. Dalam laporan polis semalam, lelaki tempatan berusia 47 tahun itu melakukan 21 transaksi pemindahan wang ke tiga akaun berbeza selepas menyertai pelaburan di FB yang menawarkan keuntungan lumayan sehingga mencecah jutaan ringgit. Menurut Yusof, modus operandi sindiket skim pelaburan ini adalah dengan memberikan mangsa satu ID untuk memantau sendiri status serta pulangan pelaburan melalui…

Read More

Deklarasi Doha gesa gencatan senjata

DOHA – Sidang Kemuncak Dialog Kerjasama Asia Ketiga dengan tumpuan pada ‘Diplomasi Sukan’, mengeluarkan Deklarasi Doha yang menekankan keperluan mendesak untuk gencatan senjata segera dan menyeluruh di Gaza. Pada masa yang sama sidang itu menggesa akses tanpa sekatan untuk bantuan kemanusiaan ke wilayah berkenaan. Sidang kemuncak itu dirasmikan oleh ketua negara dan kerajaan dari negara anggota Dialog Kerjasama Asia, termasuk Presiden Palestin Mahmoud Abbas menyatakan kebimbangan mendalam terhadap keadaan di Gaza. Selain menyeru gencatan senjata menyeluruh sidang itu juga menggesa pembebasan segera serta tanpa syarat semua tahanan daripada kedua-dua pihak…

Read More

EC tambah bantuan ke Lubnan

LONDON – Suruhanjaya Eropah (EC) mengumumkan bantuan kemanusiaan tambahan bernilai €30 juta (RM278.9 juta) untuk Lubnan, menjadikan jumlah keseluruhan melebihi €100 juta bagi tahun 2024. Bantuan itu akan disalurkan kepada mereka yang paling memerlukan di Lubnan, selain daripada €10 juta (RM46.4 juta) yang diumumkan pada 29 September, . Menurut kenyataan EC, pakej terbaharu ini yang akan menyediakan bantuan makanan segera, tempat tinggal, dan penjagaan kesihatan serta sokongan asas lain, menjadikan jumlah keseluruhan melebihi €104 juta (RM438 juta). Presiden EC, Ursula von der Leyen yang menyuarakan kebimbangan terhadap “peningkatan ketegangan berterusan”…

Read More