EC tambah bantuan ke Lubnan

LONDON – Suruhanjaya Eropah (EC) mengumumkan bantuan kemanusiaan tambahan bernilai €30 juta (RM278.9 juta) untuk Lubnan, menjadikan jumlah keseluruhan melebihi €100 juta bagi tahun 2024.

Bantuan itu akan disalurkan kepada mereka yang paling memerlukan di Lubnan, selain daripada €10 juta (RM46.4 juta) yang diumumkan pada 29 September, .

Menurut kenyataan EC, pakej terbaharu ini yang akan menyediakan bantuan makanan segera, tempat tinggal, dan penjagaan kesihatan serta sokongan asas lain, menjadikan jumlah keseluruhan melebihi €104 juta (RM438 juta).

Presiden EC, Ursula von der Leyen yang menyuarakan kebimbangan terhadap “peningkatan ketegangan berterusan” di Asia Barat menggesa semua pihak untuk melakukan segala usaha bagi melindungi nyawa orang awam yang tidak bersalah.

“Kami terus menyeru gencatan senjata merentas sempadan dengan Lubnan dan di Gaza, serta pembebasan semua tahanan,” kata von der Leyen.

Pada Rabu,  Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), memberi amaran bahawa hospital di Lubnan “dikelilingi” dengan kemasukan pesakit yang cedera susulan konflik berterusan antara Israel dan Hizbullah.

Ketegangan serantau telah meningkat disebabkan serangan ganas Israel ke atas Gaza, yang mengorbankan hampir 41,700 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak sejak Oktober tahun lalu.

Konflik berkenaan telah merebak ke Lubnan dengan Israel melancarkan serangan maut di seluruh negara itu, yang telah mengorbankan 1,928 orang dan mencederakan hampir 9,300 yang lain sejak 23 September.

Nnn

Related posts

Leave a Comment