Amaran Israel serangan di Asia Barat

BAITULMAQDIS – Tentera Israel memberi amaran bahawa pasukan udaranya akan terus melancarkan serangan lebih besar di seluruh Asia Barat pada waktu malam selepas Iran melancarkan serangan puluhan peluru berpandu sebelumnya.

Jurucakap tentera Laksamana Muda Daniel Hagari dalam satu kenyataan, berkata, serangan lebih besar itu seperti yang telah berlaku sepanjang tahun lalu.

Beliau berikrar untuk bertindak terhadap Iran selepas negara itu melancarkan serangan peluru berpandu ke atas Israel, sambil menuduh Tehran mendorong “Asia Barat’ ke arah peningkatan konflik”.

Sementara itu, laporan terbaru menyebut satu serangan Israel mengenai kawasan selatan pinggir bandar Beirut awal pagi tadi.

Menurut sumber keselamatan Lebanon, serangan itu selepas tentera Israel mengeluarkan panggilan baharu untuk penduduk di beberapa bahagian kawasan itu supaya berpindah.

Serangan udara Israel menyasarkan kawasan selatan pinggir bandar Beirut.

Nnn

Related posts

Leave a Comment