SEPANG 2 Okt. – Kestabilan dan keamanan negara dapat dicapai sekarang ini kerana rakyatnya dinasihat supaya tidak bercakap termasuk 3R (raja,magama, kaum), kata bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad. Katanya, nasihat Perdana Menteri Anwar Ibrahim supaya rakyat tidak mengganggu keamanan dan kestabilan negara adalah nasihat yang baik. “Tetapi kestabilan negara adalah kerana rakyat tidak dibenarkan bersuara, tidak boleh bercakap tentang 3R, tidak boleh berkata apa-apa menentang Kerajaan. Walaupun anda menderita akibat penindasan kerajaan, anda tidak boleh mengadu. “Kini ahli Parlimen pembangkang didesak menandatangani MoU di mana anda berjanji untuk tidak…
Read MoreDay: October 2, 2024
KKM larang jual dua produk kosmetik
PUTRAJAYA 2 Okt. – Kementerian Kesihatan (KKM) membatalkan notifikasi dua produk kosmetik kerana dikesan mengandungi racun berjadual dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata produk berkenaan ialah Snow White Treatment Cream dan Kak Ell Krim Rawatan yang mengandungi racun merkuri. Dalam kenyataannya hari ini, beliau mengingatkan penjual dan pengedar produk-produk kosmetik ini perlu menghentikan penjualan dan pengedaran produk terbabit dengan serta-merta. “Penjualan dan pengedaran produk kosmetik ini melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984,” katanya Beliau berkata merkuri dilarang di…
Read MoreMyDigital ID aplikasi MyJPJ dibatal
PUTRAJAYA 2 Okt. – Mulai 10 Oktober ini, penggunaan MyDigital ID untuk aplikasi MyJPJ dibatalkan, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke. Beliau juga memaklumkan susulan keputusan itu orang ramai boleh menggunakan aplikasi seperti biasa. Kemas kini terbaharu aplikasi MyJPJ semalam memaparkan notis kepada pengguna untuk mendaftar akaun MyDigital ID sebelum 10 Oktober ini. Selepas tarikh itu, pendaftaran MyDigital ID diperlukan untuk log masuk ke dalam aplikasi MyJPJ. Log masuk tunggal menggunakan MyDigital ID akan dikuatkuasakan bermula 10 Oktober 2024. “Sila laksanakan pendaftaran di aplikasi MyDigital ID dengan kadar segera untuk mengelakkan…
Read MoreTerkedu, terkhilaf tak sambut salam Mat Sabu
ALOR SETAR 2 Okt. – Terkedu dan terkhilaf apabila tidak menyambut salam kedua Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu. Begitu penjelasan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Syarikat Perniagaan Peladang MADA (MADACorp), Abdullah Ismail, yang memohon maaf susulan tular video beliau tidak bersalaman dengan Mohamad dalam lawatan kerja menteri itu kelmarin. Dalam kenyataannya Abdullah menjelaskan, terdahulu beliau sudah bersalam dengan Mohamad sebaik saja menteri itu tiba ke Program Sentuhan Madani di pekarangan bangunan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tajar. “Saya ingin merujuk kepada video tular mengenai isu saya tidak bersalaman dengan Datuk…
Read MoreDuit syiling pertabalan Sultan Ibrahim
KUALA LUMPUR 2 Okt. – Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan duit syiling peringatan dalam tiga denominasi iaitu emas, perak sterling dan Nordic Brilliant Uncirculated (B.U.) sempena pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17, Sultan Ibrahim pada 20 Julai lalu. Menurut kenyataan BNM, duit syiling emas diperbuat daripada emas dengan ketulenan 999.9 dan seberat lapan gram sekeping. Nilai muka duit syiling ini ialah RM100 yang akan dijual pada harga RM3,250 sekeping. Duit syiling perak sterling pula diperbuat daripada perak sterling dengan ketulenan 92.5 seberat 31 gram sekeping dengan nilai muka ialah RM10 dan…
Read MoreProses bawa pulang rakyat Malaysia
PUTRAJAYA 2 Okt. – Kedutaan Besar Malaysia di Beirut sedang melaksanakan proses evakuasi 15 rakyat negara ini bersama tiga warga asing (pasangan kepada rakyat Malaysia) berikutan keadaan keselamatan yang semakin meruncing di negara itu. Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata sembilan rakyat Malaysia sudah meninggalkan negara itu secara sukarela manakala empat lagi memilih untuk terus kekal di Lubnan. “Empat pegawai Kedutaan Besar Malaysia di Beirut akan meneruskan operasi di Lubnan,” kata kenyataan itu. Dalam kenyataan sama, Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan rejim Zionis Israel yang berterusan melancarkan serangan ketenteraan melalui serangan…
Read MoreBerita pilihan…
Amaran Israel serangan di Asia Barat
BAITULMAQDIS – Tentera Israel memberi amaran bahawa pasukan udaranya akan terus melancarkan serangan lebih besar di seluruh Asia Barat pada waktu malam selepas Iran melancarkan serangan puluhan peluru berpandu sebelumnya. Jurucakap tentera Laksamana Muda Daniel Hagari dalam satu kenyataan, berkata, serangan lebih besar itu seperti yang telah berlaku sepanjang tahun lalu. Beliau berikrar untuk bertindak terhadap Iran selepas negara itu melancarkan serangan peluru berpandu ke atas Israel, sambil menuduh Tehran mendorong “Asia Barat’ ke arah peningkatan konflik”. Sementara itu, laporan terbaru menyebut satu serangan Israel mengenai kawasan selatan pinggir bandar…
Read MoreIRGC lancar peluru berpandu ke Israel
BEIRUT – Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Iran melancarkan lebih 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel pada malam Selasa sebagai tindak balas terhadap pembunuhan pemimpin pejuang yang disokong Tehran. Sebelum ini, tentera Israel mendakwa bahawa Iran mula melancarkan peluru berpandu ke kawasan Palestin yang diduduki rejim itu manakala IRGC menyatakan ia mula menyerang sasaran ketenteraan penting dengan puluhan peluru berpandu. Rakaman video dari beberapa bandar di Iran seperti ibu negara Tehran menunjukkan bahawa serangan peluru berpandu telah dilancarkan terhadap entiti Zionis. Tehran, Isfahan, Tabriz, Shiraz, Khorramabad, Arak dan lain-lain…
Read More