Malaysia gesa hadkan kuasa veto

NEW YORK 26 Sept. – Kuasa veto yang tidak terkawal berupaya menghalang usaha damai khususnya dalam membabitkan isu Palestin, kata Menteri Luar Malaysia Mohamad Hasan

Justeru Malaysia kata Mohamad menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk mengehadkan kuasa veto itu.

Berucap semasa sesi Debat UNSC semalam , Mohamad menegaskan kuasa veto tidak sepatutnya digunakan untuk menghalang resolusi yang bertujuan menegakkan undang-undang antarabangsa dan melindungi orang awam yang tidak bersalah.

“Di mana-mana, persoalan yang sama bergema: Adakah PBB terlalu rapuh untuk diperbetulkan?

“Jawapannya ‘Tidak’, kerana sebenarnya masih ada satu jalan untuk memperbetul PBB. Kuasa veto mesti dihadkan,” kata Mohamad yang mewakili Malaysia pada debat bertemakan “Leadership for Peace: United in Respect of the UN Charter, In Search of a Secure Future.”

Turut hadir dalam debat itu ialah wakil Slovenia ke Majlis Keselamatan, Samuel Žbogar yang juga selaku Presiden UNSC untuk September.

Mohamad turut menggesa Majlis Keselamatan untuk menyokong sepenuhnya pelaksanaan Resolusi ES-10/24, yang diterima pakai oleh Perhimpunan Agung pada 18 September.

Beliau menyifatkan resolusi itu sebagai langkah penting ke arah menegakkan keadilan untuk Palestin dan menegaskan bahawa Majlis Keselamatan tidak boleh membiarkan ia terjejas oleh penggunaan kuasa veto.

“Kami menuntut agar Majlis ini menyokong pelaksanaan penuh resolusi itu,” kata Mohamad.

Beliau turut menyuarakan keprihatinan Malaysia berhubung konflik di selatan Lubnan yang mengorbankan lebih 500 nyawa setakat ini.

Perhimpunan Agung PBB menerima pakai resolusi A/RES/ES-10/24, menuntut agar Israel menghentikan kependudukan haramnya di wilayah Palestin dalam tempoh 12 bulan, selaras dengan pendapat dan nasihat Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Dengan 124 negara menyokong, undian itu mencerminkan sokongan kuat masyarakat antarabangsa terhadap keadilan dan hak asasi manusia manakala, 14 negara menolak resolusi itu, 43 negara berkecuali.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment