Taat membuta tuli membawa ketaksuban

KANGAR 26 Sept. – Sikap mengagungkan serta taat kepada sesuatu ajaran secara membuta tuli harus dibanteras habis-habisan kerana pendekatan sedemikian akan menjerumuskan umat Islam ke arah ketaksuban yang akhirnya membodohkan fungsi akal. Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Dr Maza) menegaskan, doktrin seperti itu jugalah akan mewujudkan pelbagai ajaran sesat di negara ini dan menimbulkan masalah seperti mana yang berlaku pada pengikut Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn. Bhd. “Sikap ikut secara membuta tuli adalah kerana mereka mengkultuskan pemimpin agama dan menganggap sosok pemimpin mereka itu seorang…

Read More

Mansuhkan kuasa veto 5 anggota UNSC

NEW YORK – Maldives menyeru kuasa veto lima anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC), dimansuhkan dengan menyifatkannya sebagai menghalang badan dunia itu daripada mengambil tindakan terhadap Israel. Presiden Maldives, Mohamed Muizzu berkata k kuasa veto terus melumpuhkan Majlis daripada menghentikan perang genosid Israel terhadap rakyat Palestin. “Kuasa veto membenarkan Israel bertindak sewenang-wenangnya, melakukan penjajahan yang kejam dan membahayakan keselamatan serantau. “Kuasa veto terus membenarkan pembunuhan beramai-ramai orang yang tidak berdosa,”mkata Muizzu, pada perbahasan peringkat tinggi di UNSC bertajuk ‘Kepimpinan untuk Keamanan.’ Acara itu dianjurkan oleh Slovenia yang memegang…

Read More

Cuci longkang jika ulangi buang sampah

PUTRAJAYA 26 Sept. – Mulai tahun depan, pesalah yang mengulangi kesalahan membuang sampah merata-rata bakal berdepan hukuman khidmat sosial seperti mencuci longkang dan tandas. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming, berkata hukuman itu susulan pindaan yang akan dilakukan terhadap Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Pindaan itu mencakupi seksyen berkaitan hukuman bagi pesalah yang membuang sampah merata-rata yaang mana beliau berkata ia perlu dipinda bagi memberi kesedaran kepada orang ramai. Katanya, pindaan ini akan membabitkan undang-undang khidmat sosial bagi memastikan pesalah yang pernah melakukan kesalahan tidak mengulangi…

Read More

Sultan Selangor ampunkan Sanusi

SHAH ALAM 26 Sept. – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima permohonan ampun dan maaf daripada Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor di atas nama ukhwah sesama Islam serta bangsa Melayu. Menerusi surat titah yang dimuatnaik Facebook Selangor Royal Office, baginda  tidak mahu umat Islam sentiasa bermusuhan antara satu sama lain. “Kita sesama umat Islam hendaklah sentiasa memaafkan sekiranya yang memohon maaf itu ikhlas di dalam permohonan maafnya,” titah baginda sambil menasihati Sanusi agar sentiasa menjaga tutur kata serta tatasusila. Baginda menasihatkan Sanusi supaya tidak terlalu beremosi…

Read More

12 syarikat berkait GISBH dikompaun RM4.4 juta

PETALING JAYA 26 Sept. – Dua belas syarikat berkaitan GISB Holdings (GISBH) dikenakan kompaun keseluruhan RM4.4 juta oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) kerana gagal menyerahkan penyata tahunan dan kewangan masing-masing. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Armizan Mohd Ali, berkata kompaun itu dikeluarkan baru-baru ini selepas siasatan SSM mendapati semua syarikat terbabit tidak mematuhi tanggungjawab berkenaan. Katanya, selain 12 entiti perniagaan itu, 17 syarikat lain menggunakan nama ‘GISB’ dalam pendaftaran SSM manakala semakan data serta laman sesawang berkaitan ‘GISB’ atau ‘Ikhwan’ mendapati 201 perniagaan boleh dikaitkan dengan GISBH.…

Read More

Nasihat tinggalkan Lubnan

BEBERAPA negara menasihatkan rakyat masing-masing untuk meninggalkan Lubnan atau menangguhkan perjalanan ke Lubnan ketika ketegangan semakin memuncak di rantau itu berikutan serangan berterusan Israel. India, Itali, Belgium, Malaysia, Mesir, Rusia dan Britain turut mengeluarkan arahan itu. Kedutaan India di Beirut dalam satu kenyataan berkata, kira-kira 4,000 warganegara India tinggal di Lubnan dan kebanyakan mereka bekerja dalam sektor pembinaan, syarikat dan pertanian. Manakala Timbalan Perdana Menteri Itali, Antonio Tajani, berkata, kira-kira 300 warga Itali berada di Lubnan untuk bekerja, manakala 3,000 memiliki dua kerakyatan. Tajani berkata, 1,000 tentera Itali adalah sebahagian…

Read More

Malaysia gesa hadkan kuasa veto

NEW YORK 26 Sept. – Kuasa veto yang tidak terkawal berupaya menghalang usaha damai khususnya dalam membabitkan isu Palestin, kata Menteri Luar Malaysia Mohamad Hasan Justeru Malaysia kata Mohamad menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk mengehadkan kuasa veto itu. Berucap semasa sesi Debat UNSC semalam , Mohamad menegaskan kuasa veto tidak sepatutnya digunakan untuk menghalang resolusi yang bertujuan menegakkan undang-undang antarabangsa dan melindungi orang awam yang tidak bersalah. “Di mana-mana, persoalan yang sama bergema: Adakah PBB terlalu rapuh untuk diperbetulkan? “Jawapannya ‘Tidak’, kerana sebenarnya masih ada satu jalan…

Read More

Israel bersiap serang Hizbullah melalui darat

ISRAEL dilaporkan bersiap siaga untuk kemungkinan melakukan serangan darat bagi memerangi Hizbullah di Lubnan selepas melancarkan bedilan bertubi-tubi dari udara semalam. Ketua tentera Israel Jeneral Herzi Halevi dilaporkan memberitahu tentera Israel di kawasan bersempadan dengan Lubnan. Dalam pada itu, Amerika Syarikat (AS) dan Perancis giat mengusahakan gencatan senjata 21 hari dalam menangani konflik semakin meruncing antara Israel dengan Hizbullah yang dikhuatiri mencetuskan peperangan lebih meluas di Asia Barat. Menteri Luar Perancis, Jean-Noel Barrot, berkata Paris dan Washington akan memberi perincian usul mereka berhubung gencatan senjata sementara di Lubnan itu dalam…

Read More