KUCHING 24 Sept. – Petronas tidak berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan Sarawak dan syarikat minyak dan gasnya, Petroleum Sarawak Berhad (Petros). Pejabat Premier Sarawak mengesahkan perkara itu dalam satu kenyataan bersama selepas mesyuarat antara kerajaan Sarawak, Petronas dan Petros, bersama Premier Sarawak, Abang Johari Tun Openg di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia hari ini. Mesyuarat itu dihadiri Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif Petros, Janin Girie dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Abu Bakar Marzuki. “Disahkan bahawa Petronas tidak berhasrat…
Read MoreDay: September 24, 2024
GISBH : Pulau Pinang, Negeri Sembilan tunggu MKI
SEPANG 24 Sept. – Pulau Pinang dan Negeri Sembilan akan meneliti keputusan Jawatankuasa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) sebelum memutuskan status doktrin diperjuangkan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH). Jawatankuasa MKI mula bersidang selama tiga hari ini mulai hari ini di negeri Terengganu yang melibatkan semua mufti dan dipengerusikan Datuk Dr Nooh Gadut. Mufti Pulau Pinang, Prof Madya Dr Mohd Sukki Othman, berkata, Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang akan mengadakan mesyuarat yang dijadualkan minggu ini selepas MKI membuat keputusan berkaitan. “(Susulan perbincangan dalam MKI), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)…
Read MorePesara kerajaan rugi RM1.24 juta
JOHOR BAHRU 24 Sept. – Seorang pesara kerajaan kerugian RM1.24 juta selepas mendakwa terperdaya dengan pelaburan saham pratawaran awam permulaan (IPO), pada awal Jun lepas, kata Ketua Polis Johor M Kumar. Beliau berkata lelaki berusia 70 tahun itu terlihat iklan pelaburan saham IPO di Facebook yang menawarkan keuntungan tinggi pada kadar segera. Warga emas itu kemudiannya berurusan dengan seorang individu bagi mendapatkan maklumat lanjut menerusi aplikasi WhatsApp disusuli membuat pelaburan pertama dan menerima keuntungan seperti dijanjikan pada Julai lepas. “Seterusnya, mangsa dijanjikan akan menerima pulangan lebih tinggi sekiranya menambah pelaburan…
Read MoreFTA Malaysia-GCC perkukuh dagangan
NEW YORK – Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) antara Malaysia dan negara-negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) bakal memperkukuh hubungan perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua pihak, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan. Beliau berkata, FTA kini berada di peringkat akhir untuk dimeterai Malaysia dan anggota GCC yang terdiri daripada Kuwait, Oman, Qatar, Arab Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) kini berada di peringkat akhir untuk memeterai FTA. Mohamad menegaskan bahawa hubungan dagangan dan pelaburan antara Malaysia serta anggota GCC sangat signifikan dengan kerjasama ekonomi yang akan memberi manfaat besar kepada kedua-dua…
Read MoreBerita pilihan….
Iran bidas Israel serang Lubnan
TEHRAN – Iran membidas tindakan Israel menyerang Lubnan dalam siri serangan udaranya di seluruh negara itu dan memberi amaran kepada rejim itu mengenai akibat yang akan ditanggung susulan serangan dilakukan. Jurucakap Kementerian Luar Iran, Nasser Kanaani, juga berkata, perbuatan bersekongkol adalah sama buruknya dengan kekejaman itu sendiri. “Ini kerana, penjenayah bebas dan kekejaman mereka dibiarkan berterusan tanpa henti,” katanya sebagai menyindir beberapa negara Barat berhubung genosid dilakukan Israel terhadap rakyat Palestin dan tindakan agresifnya yang berbahaya di rantau ini. Tegasnya, sistem diamalkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) perlu bertindak mengawal ancaman…
Read MoreLubnan mungkin menjadi Gaza?
NEW YORK – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres mengingatkan Lubnan berkemungkinan berubah menjadi seperti Gaza ketika serangan yang semakin meningkat antara Israel dan Hizbullah. Dalam satu wawancara dengan saluran berita Amerika Syarikat (AS) CNN, Guterres berkata bahawa letupan alat komunikasi terbaru di Lubnan menunjukkan terdapat “potensi untuk peningkatan yang lebih kuat,” yang dikhuatiri akan menjadi “tragedi yang menghancurkan bagi dunia.” Ketegangan di sepanjang sempadan Israel-Lubnan meningkat dengan ketara berikutan letupan alat komunikasi di seluruh Lubnan pada Selasa dan Rabu yang mengorbankan 37 orang dan mencederakan hampir 3,000.…
Read More