Iran bidas Israel serang Lubnan

TEHRAN – Iran membidas tindakan Israel menyerang Lubnan dalam siri serangan udaranya di seluruh negara itu dan memberi amaran kepada rejim itu mengenai akibat yang akan ditanggung susulan serangan dilakukan.

Jurucakap Kementerian Luar Iran, Nasser Kanaani, juga berkata, perbuatan bersekongkol adalah sama buruknya dengan kekejaman itu sendiri.

“Ini kerana, penjenayah bebas dan kekejaman mereka dibiarkan berterusan tanpa henti,” katanya sebagai menyindir beberapa negara Barat berhubung genosid dilakukan Israel terhadap rakyat Palestin dan tindakan agresifnya yang berbahaya di rantau ini.

Tegasnya, sistem diamalkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) perlu bertindak mengawal ancaman kepada keamanan dunia itu sebelum segalanya terlambat.

Beliau sebelum itu menerusi kenyataan rasmi pada Sabtu mengecam tindakan rejim Zionis pada Jumaat yang menyerang sebuah bangunan kediaman di Beirut, mengorbankan dan mencederakan penduduk termasuk kanak-kanak.

Katanya, perbuatan itu perlu dikecam sekeras-kerasnya oleh masyarakat dunia.

Beliau turut menuntut negara-negara yang menyokong kemananan dan keselamatan antarabangsa untuk memanfaatkan Perhimpunan Agung PBB (UNGA) ke-79 yang berlangsung di New York, untuk mengambil langkah lebih tegas ke atas Israel.

Related posts

Leave a Comment