ROME – Itali mengisytiharkan darurat ke atas dua wilayah di utara negara itu pada Sabtu selepas beberapa hari hujan lebat, menyebabkan banyak jalan di kedua-dua wilayah itu ditenggelami air.
Susulan itu, kerajaan pimpinan sayap kanan Perdana Menteri Giorgia Meloni turut menyediakan bantuan kecemasan sebanyak EUR20 juta (kira-kira AS$22 juta) kepada wilayah-wilayah Emilia-Romagna dan Marche.
Secara keseluruhan, lebih 2,500 orang terpaksa dipindahkan daripada kediaman mereka.
Beberapa bandar, termasuk Bologna, Modena dan Ravenna turut terjejas, begitu juga pusat peranginan pantai Rimini di pantai Adriatik.
Tahun lepas, cuaca buruk menyebabkan 17 orang maut dan kerosakan material yang bernilai berbilion euro.
Nnn
