SINGAPURA 18 Sept. – Agensi Makanan Singapura (SFA) mengeluarkan amaran menghentikan serta merta penjualan produk makanan menurunkan berat badan dari Malaysia, Unique Good Morning Candies dan Unique Good Night Candies. Larangan itu juga melibatkan Sausando Slimming Coffee dan Sausando Slimming Tea dari Jepun yang juga didapati mengandungi bahan terlarang seperti frusemid, phenolphthalein dan sibutramin. “Orang ramai dinasihatkan jangan mengambil empat produk makanan yang dipasarkan untuk menurunkan berat badan ini, selepas ia didapati mengandungi bahan terlarang. “Keempat-empat produk berkenaan dijual di platform e-dagang tempatan yang dikatakan dapat membakar lemak, menurunkan berat…
Read MoreDay: September 18, 2024
Ganti Saifuddin sebagai Menteri KDN – Pas
SEPANG 18 Sept. – Saifuddin Nasution Ismail tidak menunjukkan kelayakan yang memadai untuk terus kekal sebagai Menteri Dalam Negeri susulan kenyataan tanpa bukti terhadap Pas dan presiden parti itu Abdul Hadi Awang. Setiausaha Agung Pas Takiyuddin Hassan mendakwa kenyataan Saifuddin itu penuh dengan kelemahan serta kekal sebagai tuduhan dan dakwaan semata-mata. Katanya, kenyataan itu sangat sumbang, mengandungi banyak kecacatan sehingga menimbulkan tanda tanya berhubung tahap kestabilan emosi beliau, sekali gus kelayakannya untuk kekal sebagai seorang menteri Kabinet. Beliau merujuk kenyataan Saifuddin Nasution bertajuk “Politik kebencian PAS, fitnah dan mengelirukan rakyat…
Read MoreAhli Parlimen waras akan tolak draf MoU
KOTA BHARU 18 Sept. – Ahli Parlimen yang waras tidak akan menerima draf memorandum persefahaman (MoU) berkaitan peruntukan pembangkang yang dilihat berat sebelah dan tidak memberi kebebasan selain bercanggah dengan perlembagaan. Malahan Ketua Whip Perikatan Nasional (PN) Takiyuddin Hassan juga yakin jika Pakatan Harapan (PH) dalam kedudukan sebagai pembangkang berpendirian sama iaitu tidak akan menerima kandungan MoU itu. Bercakap pada sidang media di Pejabat Pas Kota Bharu, di sini, hari ini, beliau berkata, MoU itu dibuat oleh satu pihak iaitu kerajaan semata-mata tanpa ada sebarang perbincangan di antara PN dan…
Read MoreMoU: Wakil pembangkang ‘dimandulkan’
SEPANG 18 Sept. – Seorang penyokong kerajaan mendakwa draf memorandum persefahaman (MoU) berkaitan peruntukan oleh Kerajaan Persekutuan akan memandul dan membonsaikan peranan ahli-ahli parlimen pembangkang dan Gabungan parti pembangkang di Parlimen. Ahli Parlimen Pasir Gudang dari PKR Hassan Abdul Karim berkata, MoU itu mengikat peranan dan fungsi Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) serta bercanggahan dengan amalan demokrasi berparlimen. Dalam kenyataannya hari ini, beliau berkata, Ahli Parlimen pembangkang akan hilang kebebasan untuk berperanan sebagai satu kuasa efektif untuk melakukan semak dan imbang terhadap kerajaan. “Ahli-ahli parlimen pembangkang dan gabungan pembangkang yang…
Read MoreKenyataan Saifuddin melampau, tidak beradab
SEPANG 18 Sept. – Pas kesal dan dukacita dengan kenyataan yang didakwa melampau serta tidak beradab oleh Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berhubung Abdul Hadi Awang dan Muktamar Tahunan ke-70 Pas minggu lalu. Timbalan Presidennya, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sepanjang Muktamar Pas berlangsung, tiada satu nama pun disebut dan diserang dalam ucapan oleh Presiden Pas itu. Justeru Pas menjangkakan pelbagai tindakan akan menyusul kerana semakin dekat Pilihan Raya Umum (PRU), semakin menggelabah dan tidak keruan pihak Saifuddin Nasution dan partinya, Pakatan Harapan. “Mereka akan sedaya upaya cuba menjustifikasi…
Read MoreBerita pilihan…
11 terbunuh, 4,000 cedera letupan kelui
BEIRUT – Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh manakala lebih 4,000 yang lain termasuk pejuang Hizbullah dan kakitangan perubatan mengalami kecederaan akibat letupan ‘pager’ atau alat kelui di seluruh Lubnan. Susulan itu, pejuang Hizbullah memberi amaran akan membalas dendam terhadap Israel selepas menuduh mereka dalam kes letupan peranti telekomunikasi mudah alih itu. Menteri Penerangan Lubnan, Ziad Makary, mengecam ‘serangan’ menyasarkan alat kelui peranti telekomunikasi yang banyak digunakan oleh Hizbullah dan pihak lain di Lubnan. Hizbullah menyatakan bahawa Israel akan menerima hukumanan yang setimpal atas serangan terbabit. Tentera Israel yang terbabit dalam pertempuran…
Read MoreMaut dipatuk ular setiap 4 hingga 6 minit
GENEVA – Seorang maut akibat dipatuk ular setiap 4 hingga 6 minit di seluruh dunia manakala lebih satu pertiga daripada mangsa patukan ular berusia bawah 20 tahun, kebanyakannya pekerja pertanian dan kanak-kanak. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kesan kesihatan awam terbesar akibat dipatuk ular berlaku di negara berpendapatan rendah dan sederhana dalam persekitaran tropika dan subtropika. Pegawai Teknikal (antivenom) di Jabatan Peraturan dan Prakelayakan di WHO, Dr David Williams, berkata, kebanyakannya negara di Asia, Afrika dan Amerika Latin. Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar di Geneva sempena Hari Kesedaran Patukan…
Read More