Maut dipatuk ular setiap 4 hingga 6 minit

GENEVA – Seorang maut akibat dipatuk ular setiap 4 hingga 6 minit di seluruh dunia manakala lebih satu pertiga daripada mangsa patukan ular berusia bawah 20 tahun, kebanyakannya pekerja pertanian dan kanak-kanak.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kesan kesihatan awam terbesar akibat dipatuk ular berlaku di negara berpendapatan rendah dan sederhana dalam persekitaran tropika dan subtropika.

Pegawai Teknikal (antivenom) di Jabatan Peraturan dan Prakelayakan di WHO, Dr David Williams, berkata, kebanyakannya negara di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar di Geneva sempena Hari Kesedaran Patukan Ular Sedunia, yang jatuh pada 19 September setiap tahun.

4879187002136028401.pngMenurut beliau, antivenom, rawatan paling berkesan yang tersedia pada masa ini untuk mangsa dipatuk ular, kekurangan bekalan di banyak kawasan paling terjejas di dunia.

13278012434540872386.pngMangsa yang terselamat daripada dipatuk ular hidup dengan kecacatan jangka panjang atau kekal, yang membawa kepada kehilangan pendapatan berterusan untuk keluarga jika mangsa adalah pencari nafkah.

Terdapat antara 1.8 dan 2.7 juta kes keracunan akibat dipatuk ular setiap tahun yang mengakibatkan antara 81,410 dan 137,880 kematian di mana bagi setiap orang yang meninggal dunia, ada tiga lagi yang mengalami kecacatan jangka panjang atau kekal.

Nnn

Related posts

Leave a Comment