Draf MoU peruntukan kepada pembangkang

Berikut adalah draf sebenar dokumen memorandum persefahaman (MoU) berkaitan penyaluran peruntukan kepada ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN). Mukadimah A. Bahawasanya akibat tiada satu parti yang berjaya memenangi jumlah kerusi yang mencukupi untuk membentuk Kerajaan Persekutuan secara sendiri pada Pilihanraya Umum ke-15 yang lepas, Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Parti Warisan (Warisan) bersama-sama dengan Parti Bangsa Malaysia (PBM), Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) dan dua Ahli Parlimen Bebas yang secara kolektifnya mempunyai 148 kerusi Parlimen, mencukupi untuk membentuk Kerajaan Persekutuan dan telah…

Read More

Kandungan draf MoU peruntukan didedah

PUTRAJAYA 16 Sept. –  Kandungan penuh draf Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang yang sebelum ini ‘rahsia’ didedahkan kepada umum selepas ditolak oleh Perikatan Nasional (PN). Timbalan Perdana Menteri,  Fadillah Yusof dalam satu kenyataan berkata, butiran kandungan draf MoU itu didedahkan memandangkan pihak pembangkang lebih gemar membuat kenyataan melalui media. Tindakan itu juga bagi membuktikan ketelusan Kerajaan MADANI dan mahu mewujudkan suasana aman dan harmoni supaya semua Ahli Parlimen lebih fokus kepada usaha pemulihan ekonomi, selain dapat memainkan peranan konstruktif sebagai semak dan imbang. Tegas beliau, ini…

Read More

Tiada keputusan tangguh pemilihan PKR

KUALA LUMPUR 16 Sept. – Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) semalam tidak membuat sebarang keputusan berhubung penangguhan pemilihan PKR selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh, berkata walaupun terdapat perbincangan serta pandangan yang dilontarkan dalam mesyuarat itu mengenai perkara berkenaan, namun ia hanya perbincangan dan tiada keputusan tuntas yang dicapai. “Mesyuarat berpendapat perlu lebih banyak libat urus diadakan di semua peringkat kepimpinan parti sebelum satu-satu keputusan dibuat,” katanya dalam kenyataan hari ini. Fuziah yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup berkata demikian…

Read More

Semak status sebelum ke luar negara

BUKIT KAYU HITAM 16 Sept. – Jabatan Imigresen mengesan 20 kes berkaitan tunggakan cukai (LHDN), sembilan kes membabitkan isu kastam dan 10 kes pasport rosak menyebabkan mereka gagal melepasi sempadan negara. Pengarah Imigresen Kedah, Mohd Ridzzuan Mohd Zain, berkata hasrat kumpulan rakyat Malaysia itu yang mahu bercuti ke Thailand semalam terbantut apabila gagal melepasi pemeriksaan Imigresen di sempadan kerana dalam senarai hitam. “Untuk elak kekecewaan di saat akhir, kami menyeru semua rakyat Malaysia untuk menyemak status perjalanan mereka di portal Sistem Semakan Status Perjalanan Imigresen (SSPI) sebelum membuat sebarang perancangan…

Read More

Tolak deraf MoU halang ‘iklim ketakutan’

KUALA LUMPUR 16 Sept. – Putra menyokong penuh keputusan Perikatan Nasional (PN) menolak deraf cadangab memorandum persefahaman (MoU) daripada Kerajaan Madani berhubung peruntukan kepada Ahli Parlimen PN. Presidennya Dr Ibrahim Ali juga bersetuju dengan semua asas penolakan tersebut yang antaranya boleh menjejaskan peruntukan Perlembagaan Persekutuan mengenai hak orang Melayu dan Bumiputera dan boleh menjejaskan keunggulan Islam serta nilai-nilai moral, budaya dan lain-lain amalan tradisional Malaysia. “Alasan-alasan ini menunjukkan PN tegas dan terus mendukung serta mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang menjadi teras kepada jati diri atau identiti nasional Malaysia,” katanya dalam satu…

Read More

Ukraine mahu Barat izin serang Russia

KYIV: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, menggesa sekutu Barat membenarkan Kyiv menyerang sasaran tentera jauh di dalam Russia, terutama pangkalan udara, selepas serangan maut ke atas Kharkiv. Beliau berkata, melalui penyelesaian seperti itu yang memungkinkan Ukraine  menentang keganasan Russia, penyelesaian jarak jauh untuk memusnahkan kekuatan tentera udara Russia di mana ia berpangkalan. “Kami sedang menunggu keputusan yang sesuai, terutama dari Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK), Perancis, Jerman dan Itali,” kata Zelensky dalam ucapan hariannya. Terdahulu, bom Russia menghentam sebuah bangunan kediaman di Kharkiv, yang terbaharu daripada siri serangan ke atas…

Read More

Cubaan bunuh Trump gagal

WEST PALM BEACH – Calon Presiden Republikan, Donald Trump, terselamat daripada menjadi sasaran percubaan pembunuhan ketika sedang bermain golf di padang golf miliknya di West Palm Beach, Florida, tidak jauh dari kediamannya di Mar-a-Lago. Menurut Syerif Palm Beach County, Ric Bradshaw, suspek melarikan diri dengan sebuah kereta hitam dan dan seorang saksi membantu polis mengenal pasti kenderaan itu dan mengesannya. “Kami berjaya menahan seorang yang menjadi suspek yang utama dalam serangan kali ini. Ejen Perkhidmatan Rahsia sedang melakukan kerja perlindungan di padang ketika Trump bermain golf dan ternampak muncung senapang…

Read More