Ukraine mahu Barat izin serang Russia

KYIV: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, menggesa sekutu Barat membenarkan Kyiv menyerang sasaran tentera jauh di dalam Russia, terutama pangkalan udara, selepas serangan maut ke atas Kharkiv.

Beliau berkata, melalui penyelesaian seperti itu yang memungkinkan Ukraine  menentang keganasan Russia, penyelesaian jarak jauh untuk memusnahkan kekuatan tentera udara Russia di mana ia berpangkalan.

“Kami sedang menunggu keputusan yang sesuai, terutama dari Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK), Perancis, Jerman dan Itali,” kata Zelensky dalam ucapan hariannya.

Terdahulu, bom Russia menghentam sebuah bangunan kediaman di Kharkiv, yang terbaharu daripada siri serangan ke atas bandar timur laut itu, megakibatkan kebakaran besar tetapi dapat dipadamkan oleh anggota bomba.

Dalam ucapannya, Zelensky berkata Russia juga telah menyerang wilayah Sumy dan Donetsk pada Ahad dengan bom.

Beliau mendakwa, tentera Rusia melakukan ‘sekurang-kurangnya 100 serangan udara sedemikian’ setiap hari dan bagi mengelakkan serangan seperti ini, Ukraine meminta kebenaran untuk menyerang sasaran tentera jauh di dalam Russia.

Nnn

Related posts

Leave a Comment