Taufan Yagi: 324 dilaporkan maut, hilang

HANOI 12 Sept. – Setakat pukul 5.30 petang semalam, sekurang-kurangnya 324 orang dilaporkan maut atau hilang akibat tanah runtuh dan banjir kilat dicetuskan Taufan Yagi hujung minggu lalu.

Menurut Jabatan Pengurusan Tanggul dan Pencegahan serta Kawalan Bencana Alam, Wilayah Lao Cai antara kawasan paling teruk terjejas dengan 72 kematian dan 111 orang masih hilang.

Tanah runtuh teruk menghapuskan keseluruhan Kampung Lang Nu di Daerah Bao Yen, mengakibatkan 30 kematian, 83 hilang dan 18 cedera, manakala lebih 54,000 rumah di bandar dan wilayah utara ditenggelami air apabila paras air sungai di rantau terbabit meningkat ke tahap membimbangkan.

Kenaikan paras air juga memaksa ibu kota Hanoi memindahkan lebih 1,500 isi rumah di kawasan berhampiran Sungai Merah, termasuk di Daerah Hoan Kiem, Bac Tu Liem, Ba Dinh dan luar bandar Quoc Oai.

Sebanyak 126 sekolah di bandar itu juga terpaksa ditutup pada Rabu kerana hujan lebat yang berterusan.

Sementara itu, Kementerian Pertahanan Negara mengerahkan helikopter tentera untuk menghantar bantuan bencana kepada penduduk di kawasan yang terjejas di wilayah Yen Bai dan Cao Bang.

Nnn

Related posts

Leave a Comment