Kelonggaran penerima dua dos

PUTRAJAYA 15 Julai –  Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk memberi kelonggaran pergerakan kepada individu yang melengkapkan dua dos vaksinasi Covid-19, kata Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.

Katanya, langkah itu bagi membolehkan kehidupan rakyat kembali seperti biasa secara berperingkat ketika kerajaan menguruskan pandemik itu.

“Mutakhir sekali saya minta jawatankuasa pengurusan untuk menilai semula bagi mereka yang mendapat dua suntikan vaksin supaya diberi kelonggaran.

“Sama ada dari segi perjalanan atau pun pergi ke kedai dan makan di restoran. Ini petanda untuk menunjukkan sementara kita menguruskan Covid-19, maka kehidupan rakyat sedikit demi sedikit akan kembali seperti masa lepas,” katanya selepas meninjau persiapan program Bakul Prihatin Negara di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pagi ini.

Related posts

Leave a Comment