KOTA BHARU 12 Sept. – Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan, menggesa Teresa Kok menarik balik kenyataan beliau dan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada umat Islam di Malaysia berhubung kenyataan berkaitan pensijilan halal. Ketuanya, Mohd Azmawi Fikri berkata kenyataan Ahli Parlimen Seputeh itu telah mengguris hati umat Islam seluruh negara. Menurut Azmawi, respons Teresa yang kononnya mewajibkan Pensijilan Halal ‘ Memalukan Negara’ telah menyentuh sensitiviti umat Islam dan Ketua Pemuda UMNO Malaysia Dr Muhammad Akmal Salleh, bangkit mengecam kenyataan Naib Pengerusi DAP itu atas keceluparan yang dilihat mempersendakan Islam. Azmawi dalam…
Read MoreDay: September 12, 2024
Kejar ‘status’ Cyberjaya abai peniaga kecil?
SEPANG 12 Sept. – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) Bahagian Sepang memohon Majlis Perbandaran Sepang (MPS) mengeluarkan permit sementara kepada peniaga-peniaga tempatan untuk menjalankan aktiviti perniagaan secara kecil-kecilan di pinggir jalan sekitar Cyberjaya. Ahli Dewan Tertinggi Putra Malaysia, Mohamed Shahrin Ismail berkata, langkah itu susulan peniaga kecil yang melibatkan kaum Melayu, Cina dan India sering didatangi pihak berkuasa tempatan (PBT) yang menghalau, menyaman dan menyita barang perniagaan mereka. Menurut Mohamed Shahrin, peniaga-peniaga itu sudah sering kali ke pejabat MPS untuk mendapatkan semula barang yang disita serta mengemukakan permohonan permit untuk…
Read MorePensijilan halal ditentukan MRR
SHANGHAI (China) 12 Sept. – Sebarang keputusan untuk melaksanakan dasar bagi mewajibkan penggunaan sijil halal di premis makanan termasuk yang diusahakan peniaga bukan Islam hanya akan ditentukan oleh Majlis Raja-Raja (MRR). Timbalan Perdana Menteri, Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata soal hal ehwal agama termasuk isu halal ini adalah kuasa MRR dan terserah kepada majlis itu memutuskannya selepas kajian dilakukan sama ada wajib atau tidak. Justeru, Pengerusi Majlis Halal Negara itu berkata, polemik persijilan halal ini seharusnya diredakan serta-merta dan semua pihak tidak perlu berasa tergugat, apatah lagi mewajibkan penggunaan sijil…
Read MoreTimbang haramkan jika dakwaan benar
SEPANG 12 Sept. – Kerajaan wajar mempertimbangkan pengharaman pertubuhan yang didakwa mengeksploitasi kanak-kanak dan remaja di rumah amal mereka susulan operasi yang dilakukan pihak polis. Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh, berkata jika benar apa yang dilaporkan itu, pihak berkuasa juga perlu mengenakan tindakan paling berat. “Mohon kepada mana-mana (sesiapa) yang ada maklumat ataupun berada di dalam situasi yang sama tentang perkara yang menyesatkan sebegini untuk jangan takut maklumkan pada pihak berkuasa. “Kita mohon juga kepada pihak berkuasa untuk rempuh dan siasat setiap cawangan mereka dan memastikan perkara ini…
Read MorePas yakin tawan Pahang pada PRU-16
TEMERLOH 12 Sept. – Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man yakin Pahang bakal menjadi negeri kelima yang akan dikuasai parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16). Katanya, kejayaan parti yang dilakar hari ini adalah hasil daripada ‘benih ditanam’ sejak berdekad lalu, lantas bukan suatu mustahil untuk Pahang dikuasai pada PRU-16 di samping Perlis, Kedah, Terengganu dan Kelantan. Katanya, atas sebab itu Muktamar Pas ke-70 yang berlangsung hari ini sehingga 15 September ini dibawa khusus ke Pahang sebagai isyarat bahawa Pahang sedia bersama-sama dengan empat negeri ditadbir Pas untuk…
Read MoreBerita pilihan…
Taufan Yagi: 324 dilaporkan maut, hilang
HANOI 12 Sept. – Setakat pukul 5.30 petang semalam, sekurang-kurangnya 324 orang dilaporkan maut atau hilang akibat tanah runtuh dan banjir kilat dicetuskan Taufan Yagi hujung minggu lalu. Menurut Jabatan Pengurusan Tanggul dan Pencegahan serta Kawalan Bencana Alam, Wilayah Lao Cai antara kawasan paling teruk terjejas dengan 72 kematian dan 111 orang masih hilang. Tanah runtuh teruk menghapuskan keseluruhan Kampung Lang Nu di Daerah Bao Yen, mengakibatkan 30 kematian, 83 hilang dan 18 cedera, manakala lebih 54,000 rumah di bandar dan wilayah utara ditenggelami air apabila paras air sungai di…
Read More82.5 peratus kanak-kanak terima vaksin
GAZA CITY: Sebanyak 82.5 peratus kanak-kanak di Semenanjung Gaza yang dilanda perang telah diberi vaksin polio dalam kempen vaksinasi yang sedang berlangsung. Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 527,776 kanak-kanak di bawah umur 10 tahun menerima dos pertama vaksin polio di kawasan Palestin Ketika ini pasukan perubatan meneruskan usaha mereka “untuk meneruskan kempen vaksinasi polio walaupun pencerobohan Israel berterusan. “Walaupun menghadapi bahaya besar yang dihadapi pasukan perubatan, keluarga terus datang ke pusat vaksinasi untuk membolehkan anak mereka mendapat vaksin polio,” menurut kementerian itu. Fasa ketiga dan terakhir kempen itu bermula di utara…
Read More