Pesawat MAS berpatah balik ke KLIA

SEPANG 11 Sept. – Sebuah lagi pesawat Penerbangan Malaysia Airlines terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) awal petang ini dipercayai disebabkan masalah teknikal. Pesawat MH853 itu dalam penerbangan menuju Denpasar, Bali yang berlepas dari KLIA pukul 3.30 petang sebelum berlegar di ruang udara Selat Melaka pada ketinggian 8,000 kaki. Menurut laman web FlightRadar24, pesawat Boeing 737-800 itu kemudian berpatah balik ke KLIA sejam setengah kemudian kira-kira pukul 5 petang. Punca di sebalik pesawat itu berpatah balik bagaimanapun belum dapat disahkan. Untuk rekod pada 4 Ogos,  sebuah…

Read More

Tiada lagi diskaun produk mengandungi gula

KUALA LUMPUR 11 Sept. – Mulai 1 Oktober ini, semua produk makanan dan minuman yang mengandungi gula akan dikeluarkan daripada senarai barangan yang diberikan potongan harga dalam Program Jualan Rahmah MADANI. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh, berkata langkah itu dilakukan untuk menyahut Kempen Perangi Gula yang diterajui oleh Kementerian Kesihatan (KKM) bagi mengurangkan pengambilan gula dalam kalangan masyarakat. “Kita akan menarik barangan-barang yang mengandungi gula daripada senarai jualan Rahmah … tiada lagi diskaun. “Jika sebelum ini Jualan Rahmah menawarkan diskaun antara 10 hingga 30…

Read More

32 tawar diri ajk DAP Pulau Pinang

TANJONG 11 Sept. – Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong adalah antara 32 calon yang menawarkan diri untuk bertanding merebut 15 jawatan ahli Jawatankuasa DAP Pulau Pinang bagi penggal 2024/2027 pada 22 September ini. Turut serta dalam pemilihan pada Konvensyen Biasa DAP negeri itu adalah Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying; Timbalan Ketua Menteri II, Jagdeep Singh Deo dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri Wong Hon Wai. Menurut kenyataan DAP Pulau Pinang, turut bertanding adalah Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa negeri H’ng Mooi Lye;…

Read More

Kecualikan pengusaha premis bukan Islam

KUALA LUMPUR 11 Sept. – Pemilik dan pengusaha premis makanan bukan Islam tidak perlu diwajibkan untuk memohon sijil halal, kata Presiden Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (PRIMAS),  J Govindasamy. Sebaliknya beliau berkata keputusan mahu mendapatkan sijil halal atau tidak, harus diserahkan kepada pengusaha dan pemilik restoran berkenaan. Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, restoran yang tidak mengutamakan pelanggan Islam seharusnya dibenarkan beroperasi tanpa sijil halal. Beliau mengakui sijil halal adalah langkah yang baik untuk perniagaan kerana ia memberi kelebihan selain meningkatkan pendapatan. Bagaimanapun, sijil halal juga ada kalanya membebankan…

Read More

Teresa Kok tuntut ganti rugi RM25 juta

KUALA LUMPUR 11 Sept. – Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok mengeluarkan surat tuntutan (LOD) ganti rugi berjumlah RM25 juta terhadap Ketua Pergerakan Pemuda UMNO,  Dr Muhamad Akmal Saleh berhubung isu pensijilan halal. Menerusi notis yang dihantar oleh peguamnya, Sankara Nair and Partners, Naib Pengerusi DAP itu juga menuntut Dr. Muhamad Akmal membayar semua kos guaman dan perbelanjaan berkaitan saman tersebut. Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau diberi tempoh tujuh hari bekerja untuk memberikan maklum balas. “Jika anak guam kami tidak menerima sebarang maklum balas yang memuaskan daripada…

Read More

15 Sept. tarik akhir sertai LKM

PUTRAJAYA 11 Sept. – Orang ramai yang berminat menyertai acara amal, Larian Keluarga Malaysia (LKM) 2024 masih boleh membuat pendaftaran yang dilanjutkan sehingga 15 September ini. Menurut kenyataan Yayasan Keluarga Malaysia (YKM), keputusan itu dibuat berikutan masih terdapat permintaan amat menggalakkan daripada orang ramai untuk mendaftar meskipun pendaftaran LKM 2024 sepatutnya ditutup Sabtu lalu. Mereka yang ingin menyertai larian itu boleh berbuat demikian melalui laman https://www.ticket2u.com.my/event/36349/larian-keluarga-malaysia-2024 sebelum 15 September ini. “Cabutan bertuah bernilai lebih RM70,000 menanti peserta LKM 2024 seperti sebuah Perodua Axia, telefon bimbit, pakej percutian, televisyen, basikal, peralatan…

Read More

Dadah: Lelaki Malaysia ditahan

SINGAPURA – Seorang lelaki warganegara Malaysia, berusia 34 tahun yang disyaki terlibat dalam aktiviti penyeludupan dadah ditahan di Singapura selepas pihak berkuasa menjumpai lebih lima kilogram dadah dianggarkan bernilai S$305,000 (S$1=RM3.33) di dalam kereta yang dipandunya. Menurut kenyataan Biro Narkotik Pusat (CNB) Singapura, lelaki itu ditahan di sekitar Chin Swee Road dalam satu operasi yang dijalankan pada malam Isnin. Hasil pemeriksaan ke atas kereta yang dipandu suspek, pihak CNB berjaya merampas kira-kira 264 gram (g) dadah jenis ‘Ice’, 1.88 kg heroin dan 3.14 kg ganja yang boleh digunakan oleh kira-kira…

Read More

Kempen vaksinasi polio Gaza diteruskan

GAZA – Kempen vaksinasi polio menbabitkan kumpulan terakhir kanak-kanak di utara Gaza, iaitu seramai 200,000 orang diteruskan walaupun sukar dilaksanakan dengan sekatan akses, perintah pemindahan dan kekurangan bahan api. Pegawai kesihatan dan bantuan berkata kempen di wilayah yang paling teruk diserang tentera Israel diteruskan susulan langkah yang sama sudah dilaksanakan terhadap lebih 446,000 kanak-kanak di tengah dan selatan Gaza awal bulan ini. Menurut pakar perubatan daripada unit penjagaan primer di Kementerian Kesihatan Gaza, Dr Moussa Abed, kakitangan perubatan mula memberikan vaksin di utara walaupun memerlukan bahan api dan berdepan pelbagai…

Read More