Dewan makan pernah diarah tutup

IPOH 6 Sept. – Dewan makan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Taiping yang diserbu Pengerusi Mara Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki pernah diarah tutup oleh Jabatan Kesihatan Perak susulan keracunan makanan membabitkan 62 pelajar pada 30 dan 31 Ogos lalu. Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, A Sivanesan, berkata Pejabat Kesihatan Daerah Larut, Matang dan Selama (PKD LMS) menerima sebanyak 30 notifikasi kes keracunan makanan pada 30 Ogos lalu. “Ia diikuti 32 kes tambahan pada hari berikutnya dari Klinik Kesihatan Taiping membabitkan pelajar…

Read More

MINDEF tunggu siasatan dalaman

KLUANG 6 Sept. – Kementerian Pertahanan (MINDEF) menunggu hasil siasatan dalaman oleh Kementerian Luar mengenai isu kebocoran maklumat Nota Diplomatik daripada China baru-baru ini, kata Menteri Pertahanan, Mohamed Khaled Nordin. Beliau berkata pihaknya memerlukan kesahihan berhubung status Nota Diplomatik berkenaan kerana khuatir ia akan memberikan reaksi mengenai sesuatu yang sebenarnya tidak wujud. “Kita tunggu daripada (Kementerian Luar)… kita perlu kesahihan dan saya percaya kita (MINDEF) nanti berpandu kepada Kementerian Luar. “Setakat itu sahaja boleh saya beritahu, kalau tidak nanti kita memberi reaksi kepada benda yang tidak ada,” katanya ketika sidang…

Read More

Muhyiddin nafi terlibat beri tender 1BestariNet

KLUANG 7 Sept. – Tan Sri Muhyiddin Yassin mengalu-alukan siasatan berhubung tuntutan bayaran bagi tender perkhidmatan 1BestariNet bernilai RM4 bilion yang dianugerahkan kepada YTL Communications Sdn Bhd (YTL) pada 2011. Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu pada masa yang sama menafikan dirinya terlibat dalam pemberian tender perkhidmatan 1BestariNet ketika menjadi Menteri Pendidikan. “Wallahi, satu sen pun saya tidak ambil,” katanya ketika menjawab soalan mengenai siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung tuntutan bayaran bagi tender perkhidmatan 1BestariNet itu. Bekas Perdana Menteri itu menjelaskan terpulang kepada SPRM untuk menjalankan siasatan berhubung isu…

Read More

Asyraf berang menu tenggiri bertukar, dapur kotor

SEPANG 6 Sept. – Menu yang ditetapkan tenggiri tetapi yang dihidang lain. Situasi inilah menyebabkan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara),Dr Asyraf Wajdi Dusuki, ‘berang’ apabila pengusaha dewan selera sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Perak gagal mematuhi menu berkenaan. Ketika membuat ‘terjahan’ di Dewan Selera MRSM Taiping semalam, Dr Asyraf Wajdi membangkitkan mengenai kebersihan serta menu untuk pelajar-pelajar. Menurut Asyraf Wajdi,  mengikut menu yang tertera di dinding, ikan tenggiri menjadi hidangan untuk makan malam semalam tetapi mendapati tenggiri digantikan dengan ikan goreng lain, dipercayai ikan selayang. Melalui perbualan dengan…

Read More

Anak Biden mengaku bersalah

LOS ANGELES – Anak lelaki Joe Biden, Hunter, 54 mengaku bersalah atas sembilan pertuduhan mengelak cukai, berjumlah AS$1.4 juta sejak sedekad lalu wang yang menurut pendakwa raya, dibelanjakannya untuk hidup mewah, melanggan pekerja seks dan menagih dadah. Pengakuan itu dilakukan pada hari pemilihan juri bagi perbicaraan yang dijadualkan bermula, dan juga beberapa jam selepas Hunter menawarkan untuk mengaku bersalah dengan harapan dapat mencapai perjanjian yang berkemungkinan membolehkannya tidak dihukum penjara. Bagaimanapun, tiada perjanjian dicapai dan Hunter mengaku bersalah di mahkamah terbuka serta boleh dihukum penjara hingga 17 tahun dan denda…

Read More

Michel Barnier PM baharu Perancis

PARIS: Bekas Pesuruhjaya Kesatuan Eropah (EU) dan perunding Brexit, Michel Barnier dinamakan oleh Presiden Perancis, Emmanuel Macron sebagai perdana menteri baharu negara itu. Pelantikan itu dibuat kira-kira dua bulan selepas pilihan raya parlimen awal yang diumumkan Macron, menyaksikan gabungan kiri meraih kemenangan. Bagaimanapun tiada parti atau pakatan politik yang memperoleh kerusi yang mencukupi dalam Perhimpunan Kebangsaan, mengakibatkan parlimen tergantung dan ketidaktentuan politik selama berminggu-minggu. Barnier, 73, mempunyai kerjaya politik selama beberapa dekad dan adalah tokoh berpengaruh dalam parti Republikan kanan tengah Perancis. Beliau sebelum ini adalah Menteri Alam Sekitar di…

Read More