KUALA LUMPUR 5 Sept. – Polis Diraja Malaysia (PDRM) dititahkan menjalankan siasatan penuh secara segera, telus dan adil tanpa kompromi berhubung insiden yang mengaitkan seorang kerabat Pahang bersama sekumpulan individu didakwa menyerang individu dikenali sebagai Alias Awang. Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah yang menitahkan demikian memandang serius mengenai laporan berita yang tular di media sosial berhubung insiden tersebut. “Justeru, saya menyeru Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan penuh secara segera, telus dan adil tanpa sebarang kompromi kepada mana-mana pihak agar keadilan dapat ditegakkan. “Sekiranya terdapat bukti kesalahan…
Read MoreDay: September 5, 2024
Rugi RM5b akibat jenayah siber
KUALA LUMPUR 5 Sept. – Kes jenayah siber di negara ini merekodkan peningkatan dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini dengan nilai kerugian keseluruhan yang dialami melebihi RM5 bilion. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Ramli Mohamed Yoosuf berkata nilai kerugian direkodkan melalui 147,374 kes yang dilaporkan antara 2019 hingga Ogos lalu. Katanya , perangkaan itu membuktikan trend jenayah dalam talian meningkat ketara tahun demi tahun iaitu meningkat 51 peratus daripada 17,668 pada 2019 kepada 34,493 pada 2023 manakala tahun ini, sehingga Ogos sebanyak 21,917.. Beliau berkata demikian pada…
Read More66,318 layak mengundi DUN Mahkota
JOHOR BAHRU 5 Sept. – Seramai 66,318 pemilih melibatkan 33,453 orang pengundi lelaki dan 32,865 wanita layak mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, pada 28 September ini. Berdasarkan data statistik dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada taklimat media hari ini, pecahan pengundi membabitkan orang awam seramai 61,397 orang, tentera (4,510), polis (402) dan pengundi tidak hadir (10). Data juga menunjukkan DUN Mahkota mempunyai 12,070 pengundi atau 18.2 peratus warga emas berusia 60 tahun ke atas, 1,240 pengundi dikategori sebagai orang kurang upaya (OKU). Bagi memudahkan…
Read MoreDiskaun pakej umrah Andalusia sehingga RM1,000
KUALA LUMPUR 5 Sept. – Syarikat pengendali umrah dan haji, Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. (Andalusia) menawarkan diskaun sehingga RM1,000 bagi tempahan pakej umrah sempena Matta Fair 2024 bermula 6 hingga 8 September ini. Pengarah Pemasaran Digital Andalusia, Izzati Ibrahim berkata, selain pakej umrah diskaun pakej pelancongan sehingga RM200 juga ditawarkan sepanjang tempoh berlangsungnya Matta Fair. Katanya, tawaran itu tidak terhad kepada para pengunjung Matta Fair di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), malah terpakai di semua 55 cawangan syarikat berkenaan di seluruh negara. Dengan visi “Sekeluarga mampu…
Read MoreBerita pilihan…
Rombakan Kabinet Ukraine
KIEV – Satu rombakan besar-besaran sedang berlaku dalam barisan pentadbiran kerajaan Ukraine susulan enam pegawai termasuk Menteri Kabinet menyerahkan surat peletakan jawatan, manakala seorang pembantu presiden dipecat. Mereka yang menyerahkan surat peletakan jawatan adalah Menteri Luar, Menteri Industri Strategik, Menteri Kehakiman, Menteri Perlindungan Alam Sekitar, Timbalan Perdana Menteri serta ketua dana harta negara Ukraine. Sebelum ini, Ketua Fraksi Parlimen parti pemerintah di Telegram memaklumkan sudah menjangkakan rombakan Kabinet pada minggu ini, di mana, lebih 50 peratus kakitangan Kabinet menteri ditukar, sehari selepas hari peletakan jawatan. Berdasarkan dekri presiden, seorang lagi…
Read MoreGencatan: Kenakan tekanan ke atas Israel
KAHERAH – Tiada keperluan untuk cadangan gencatan senjata baharu bagi Gaza sebaliknya tekanan harus dikenakan terhadap Israel untuk bersetuju dengan rancangan Amerika Syarikat (AS) yang sudah diterima Hamas. AS dijangka membentangkan cadangan gencatan senjata baharu yang bertujuan memecahkan kebuntuan antara Hamas dan Israel. Cadangan baharu itu bertujuan untuk menyelesaikan kebuntuan selama berbulan-bulan dalam rundingan yang diketengahkan oleh AS, Qatar dan Mesir bagi mendapatkan gencatan senjata. Dalam satu kenyataan, Hamas berkata, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, berusaha untuk menggagalkan perjanjian dengan menegaskan yang Israel tidak akan menarik diri dari koridor Philadelphi…
Read More