JOHOR BAHRU 5 Sept. – Seramai 66,318 pemilih melibatkan 33,453 orang pengundi lelaki dan 32,865 wanita layak mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, pada 28 September ini.
Berdasarkan data statistik dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada taklimat media hari ini, pecahan pengundi membabitkan orang awam seramai 61,397 orang, tentera (4,510), polis (402) dan pengundi tidak hadir (10).
Data juga menunjukkan DUN Mahkota mempunyai 12,070 pengundi atau 18.2 peratus warga emas berusia 60 tahun ke atas, 1,240 pengundi dikategori sebagai orang kurang upaya (OKU).
Bagi memudahkan proses pengundian, sebanyak 39 saluran mengundi akan dibuka untuk golongan ini
Sebanyak 39 saluran mengundi akan dibuka untuk golongan ini akan dibuka pada hari pengundian
Terdapat 23 pusat mengundi dengan 120 saluran mengundi dibuka pada PRK DUN Mahkota, termasuk tiga pusat mengundi awal membabitkan 11 saluran mengundi. dibuka pada 24 September ini
Pusat itu ialah Dewan Pengaman Zamrud, Taman Perumahan Polis Ibu Pejabat Polis daerah (IPD) Kluang membabitkan 401 pengundi; Dewan Mahkota, Kem Mahkota (3,865 pengundi) dan Sekolah Kebangsaan (SK) Sir Ibrahim (645 pengundi).
PRK DUN Mahkota diadakan susulan kematian penyandangnya, Sharifah Azizah Syed Zain, 63, yang meninggal dunia pada 2 Ogos lalu ketika dirawat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang.
Sharifah Azizah yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Kluang sejak 1993 adalah bekas Ketua Wanita UMNO Johor dan memenangi kerusi DUN Mahkota pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2022.
Sebelum itu, Sharifah Azizah adalah ADUN Penawar dari 2018 hingga 2022.