PUTRAJAYA 29 Ogos – Masa untuk kutukan kosong telah berlalu sebaliknya masyarakat antarabangsa mesti mengambil tindakan tegas dan konkrit untuk menghalang rejim Zionis Israel daripada meneruskan genosid. Kementerian Luar Negeri dalam kenyataan berkata, jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Wilayah Palestin perlu dihentikan. Menurut Wisma Putra, serangan besar-besaran oleh pasukan keselamatan rejim Zionis Israel ke atas bandar Jenin, Tulkarem, Tubas dan Nablus di Tebing Barat sejak 48 jam lepas, jelas melanggar undang-undang antarabangsa. Ini termasuk undang-undang hak asasi manusia antarabangsa dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa. Operasi oleh rejim itu di…
Read MoreDay: August 29, 2024
Semakan semula kadar ‘on-call’
SHAH ALAM 29 Ogos – Pegawai perubatan sektor awam dijangka menerima berita gembira berhubung semakan semula kadar elaun bertugas atas panggilan atau ‘on-call’ tidak lama lagi, kata Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad. Beliau berkata perkara itu sudah dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri lalu dan mendapat reaksi positif Perdana Menteri, Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan. Bercakap pada sidang media selepas majlis pelancaran Projek MyGenom di Institut Kesihatan Negara di sini hari ini, Dr Dzulkefly membayangkan perkara itu akan diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2025 akan datang. Hadir sama pada majlis itu…
Read MoreProjek rumah mampu milik perlu disegera
KUALA LUMPUR 29 Ogos – Pembangunan projek perumahan mampu milik di ibu kota perlu disegerakan bagi memenuhi permintaan tinggi khususnya terhadap golongan B40 dan M40, kata Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata, pembangunan itu juga perlu memenuhi kriteria rakyat seperti kemudahan fasiliti termasuklah aspek keselesaan. “Kalau lengahkan kelulusan, kos rumah jadi lebih tinggi. Syarikat tidak akan rugi tetapi nak untung. Kos rasuah, kos bank semua akhirnya akan terbeban kepada pembeli. Negara tidak akan maju, kalau begini rakyat tidak akan terbela,” katanya. Beliau juga mahu kemajuan setiap projek dibentangkan secara berkala kepada…
Read MoreDr.Mashitah nafi terlibat sindiket
SEPANG 29 Ogos – Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Mashitah Ibrahim menafikan penglibatannya dalam aktiviti kumpulan sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar seperti yang dilaporkan media semalam. Dalam satu hantaran melalui Facebooknya, beliau mendakwa, maklumat berkenaan dikutip daripada media picisan ‘seberang’. “Kebetulan kawan saya ajak bergambar sahaja pada projek dia di sana. Saya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan mahkamah pada pihak yang cuba mengaitkan saya dengan fitnah ini bertujuan menjatuhkan reputasi saya.” katanya Susulan itu, beliau sudah membuat laporan dan memberi keterangan di Bukit Aman berkaitan tuduhan liar…
Read MoreBelum masa isytihar zon tidak selamat
KOTA BHARU 29 Ogos – Belum tiba masa untuk mewartakan tempat tanah jerlus di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur sebagai zon tidak selamat, kata Ketua Polis Negara, Razarudin Husain. Beliau berkata, untuk berbuat demikian, pihaknya perlu mengemuka permohonan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mengisytihar kawasan itu sebagai zon bencana. “Walaupun kejadian ini bukan dianggap bencana, tindakan polis termasuk bomba dan agensi berkaitan serta Indah Water Konsortium (IWK) seolah-olah seperti bencana. “Susulan lokasi kedua mendapan dikesan, saya sudah mengarahkan laluan sepanjang 1.4 kilometer di Jalan Masjid India ke Jalan Raja…
Read MoreLaporan polis dibuat Istana Pahang
KUALA LUMPUR 29 Ogos – Laporan polis terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dibuat oleh Istana Pahang, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Anda langgar peraturan, anda terlanjur, anda yang perlu hadapinya. Jangan gunakan ini sebagai (alat) politik. Laporan dibuat. Polis ambil laporan daripada Istana Pahang. Sebelumnya, dalam kes lain oleh Istana Selangor dan diambil tindakan oleh Peguam Negara,” katanya kepada media selepas perasmian dan pecah tanah Residensi Suria Madani, di Taman Desa, di sini, hari ini. Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu semalam menyuarakan menyifatkan pendakwaan terhadap presiden…
Read MoreBerita pilihan…
PM Britain ajak tangani ancaman pelampau
BERLIN – Perdana Menteri Britain, Keir Starmer dari Parti Buruh menggesa parti politik progresif di seluruh Eropah bekerjasama menangani ancaman pelampau sayap kanan yang semakin meningkat di United Kingdom (UK). Beliau yang melahirkan kebimbangan terhadap ancaman itu berkata, pihak populis akan dikalahkan apabila kehidupan menjadi lebih baik dan berjanji keadaan di Britain akan bertambah baik sebelum tamat tempoh pertama pentadbirannya. Britain dilanda rusuhan anti-pendatang awal bulan ini selepas serangan pisau menyebabkan tiga kanak-kanak maut, disusuli kemunculan berita palsu, penyerang itu adalah seorang pencari suaka beragama Islam. “Kita harus hidup di…
Read MorePuluhan ribu diarah pindah hadapi taufan
TOKYO – Puluhan ribu penduduk di Jepun diarah berpindah selain pihak berkuasa mengeluarkan amaran tertinggi bagi angin dan ribut di pulau utama selatan Kyushu, sebagai persediaan berdepan taufan terkuat tahun ini. Ketua Setiausaha Kabinet, Yoshimasa Hayashi, berkata taufan Shanshan dijangka tiba di selatan Kyushu dengan kekuatan luar biasa, manakala angin kencang, ombak tinggi, dan gelombang ribut luar biasa dijangka turut berlaku. Angin ribut sehingga 252 kilometer (km) sejam dengan hujan lebat melanda Jepun sehingga menyebabkan syarikat kereta gergasi Toyota menangguhkan pengeluaran di semua 14 kilangnya. Di selatan Kyushu, Agensi Meteorologi…
Read More