Hampir 14,000 mohon warganegara lulus

GUA MUSANG 15 Ogos – Kementerian Dalam Negeri (KDN) meluluskan hampir 14,000 permohonan kewarganegaraan sejak ia diterima pada 2013, kata Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail. Beliau memberitahu daripada jumlah itu, 75 peratus adalah mengikut Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan Pendaftaran Kewarganegaraan Dalam Keadaan Khas yang terbahagi kepada anak tidak sah taraf, anak jagaan dan anak angkat. KDN turut meluluskan permohonan kewarganegaraan di bawah Perkara 15 (2) Perlembagaan Persekutuan yang membabitkan anak berusia kurang 21 tahun, di mana isteri warganegara selain anak lahir di luar negara dan suami warga asing. “Selain…

Read More

Tiada isu PAU tidak jemput parti kerajaan

PUTRAJAYA 15 Ogos – Tiada isu berbangkit apabila parti komponen Kerajaan Perpaduan tidak dijemput untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 yang akan bermula minggu depan. Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil, berkata pihaknya menghormati keputusan dibuat UMNO berkaitan perkara berkenaan. “Tiada masalah sebab kita (parti komponen Kerajaan Perpaduan) bertemu setiap hari. “Jadi tiada sebarang isu dan kita hormat sebarang keputusan yang dibuat (UMNO),” katanya selepas menghadiri Majlis Sumbangan Penajaan Oleh Rakan Strategik Hari Kebangsaan Hari Malaysia (HKHM) 2024. Semalam, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, memaklumkan  PAU 2024…

Read More

Kabinet belum bincang isu komik

PUTRAJAYA 15 Ogos –  Kabinet belum berbincang untuk menyemak semula keputusan pembatalan Perintah Larangan terhadap penerbitan komik berjudul ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’, tulisan bekas ahli DAP, Hew Kuan Yau atau Superman Hew. Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata beliau tidak boleh mengulas lanjut perkara itu kerana masih belum dibincangkan di peringkat Jemaah Menteri. “Kita belum bincang lagi perkara ini dalam Jemaah Menteri, jadi saya tak boleh tambah (ulas lanjut) sebab belum dibincangkan,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Sumbangan Penajaan Oleh Rakan Strategik Hari Kebangsaan Hari Malaysia (HKHM)…

Read More

Mahkota: Sandiwara atau ribut dalam cawan

BERKOCAK lagi ‘air kopi Kluang’ dalam cawan. Selagi belum habis dihirup dan selagi ada sudu yang mengacau, atau selagi cawan tidak pecah, maka ia akan terus berkocak. Mungkin sehingga 14 September ini. Begitulah situasi dalam beberapa hari kebelakangan ini, apabila UMNO dan Amanah bercakap mengenai ‘siapa layak’ diturunkan sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota dalam kawasan Parlimen Kluang. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 14 September sebagai hari penamaan calon dan hari pengundian pada 28 September. ‘Perebutan’ kerusi menarik perhatian apabila Presiden UMNO Dr Ahmad Zahid…

Read More

Tiada kompromi isu rasuah di DBKL

KUALA LUMPUR 15 Ogos – Datuk Bandar Kuala Lumpur yang baharu, Dr Maimunah Mohd Sharif, memberi amaran kepada pegawai dan anggota penguat kuasa bahawa tidak ada toleransi terhadap rasuah sepanjang pentadbirannya. mentadbir Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Beliau yang memulakan tugasnya hari ini berkata, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) perlu dilihat sebagai pihak berkuasa tempatan (PBT) yang berintegriti, akauntabiliti dan telus. Justeru pihaknya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan termasuk bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika siasatan mendapati ada pegawai dan anggota penguat kuasa, menerima rasuah. “Saya meminta ketua…

Read More

Komik umpama jarum halus

SEPANG 15 Ogos – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO,  Dr Mohd Puad Zarkashi menyifatkan komik ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Merah Manfaat Bersama’ umpama jarum halus menghidupkan fahaman komunis. Justeru, kehadiran komik yang ditulis oleh bekas ahli DAP, Hew Kuan Yau atau lebih dikenali sebagai Superman Hew dibantah kerana kekejaman Parti Komunis Malaya (PKM) tidak boleh dilupakan. “Saya ingin tanya Teresa Kok. Apa yang dia maksudkan agar kita memandang sejarah dari sudut yang lebih terbuka dan rasional? Boleh ubah sejarah? Sejarah tetap sejarah. Prinsip sejarah ialah “exist in the past, exist…

Read More

Hasina didakwa lakukan jenayah kemanusiaan

DHAKA: Bekas Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina dan sembilan yang lain didakwa melakukan “genosid dan jenayah terhadap kemanusiaan” semasa protes ganas yang mengakibatkan ratusan orang terbunuh sebelum beliau meletak jawatan. Empat anggota kanan Kabinet Hasina, bekas Ketua Polis Negara dan tiga pegawai polis lain juga dinamakan dalam kes terbabit. Menurut seorang pegawai kanan di Tribunal Jenayah Antarabangsa (ICT) Ataur Rahman, penyiasatan terhadap kes ini telah dimulakan apabila pihaknya secara rasmi mendaftarkan aduan berhubung perkara ini. Setelah penyiasatan selesai, ICT akan menyerahkan penemuannya kepada pendakwa raya untuk menentukan langkah undang-undang seterusnya.…

Read More

Mpox kecemasan kesihatan awam

NEW YORK: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan mpox atau sebelum ini dikenali sebagai cacar monyet sebagai kecemasan kesihatan awam global buat kali kedua dalam tempoh dua tahun. Pengisytiharan itu dilakukan berikutan wabak jangkitan virus di Republik Demokratik Congo yang telah merebak ke negara jiran termasuk Burundi, Kenya, Rwanda dan Uganda. Mpox,  penyakit virus yang boleh merebak melalui hubungan rapat, yang kebiasaannya ringan, namun, ia boleh membawa maut dalam kes yang jarang berlaku. Ia merebak melalui sentuhan fizal dengan individu atau haiwan yang dijangkiti menyebabkan simptom seperti selesema dan ruam melepuh.…

Read More