Covid-19: 106 juta kes, 2.3 juta kematian

JUMLAH kumulatif kes positif Covid-19 seluruh dunia kini melebihi 106 juta kes dengan 2.3 juta kematian, demikian menurut data Johns Hopkins University.

Setakat pukul 10 pagi ini, 8 Februari 2021, Amerika Syarikat (AS) menjadi negara paling terjejas dengan mendahului jumlah kes dan kematian.

Daripada 106,042,748 kes global, AS merekodkan 26,998,246 kes dan 463,339 daripada 2,314,602 kematian global.

India berada di kedudukan kedua tertinggi dengan 10,826,363 kes diikuti Brazil 9,447,165, United Kingdom (UK) 3,957,177, Rusia 3,923,461 dan Perancis 3,395,981.

Lima negara merekodkan lebih dua juta kes dengan Sepanyol menghampiri tiga juta kes iaitu 2,941,990, Itali 2,636,738, Turki 2,531,456, Jerman 2,291,673 dan Colombia 2,157,216.

Sepuluh negara berada dalam kelompok satu juta kes iaitu Argentina 1,980,347, Mexico 1,926,080, Poland 1,550,255, Afrika Selatan 1,476,135, Iran 1,466,435, Ukraine 1,288,669, Peru 1,180,478, Indonesia 1,157,837, Czechia 1,034,975 dan Netherlands 1,019,720.

Kanada pula merekodkan 809,001 kes, Portugal 765,414, Chile 751,886, Romania 745,318, Belgium 723,870, Israel 689,339 dan Iraq 628,550. Lima negara melebihi 500,000 kes iaitu Sweden 588,062, Pakistan 554,474, Bangladesh 538,062, Filipina 537,310 dan Switzerland 531,873.

Sementara itu, Morocco, Austria, Serbia, Jepun berada dalam kelompok lebih 400,000 kes, manakala Hungary, Arab Saudi, Jordan, Panama, Emiriyah Arab Bersatu dan Lebanon melebihi 300,000 kes.

Malaysia pula berada di tangga ketujuh dalam keompok 15 negara melebihi 200,000 kes dengan catatan 242,452 kes. Nepal mendahului dengan 271,925 kes diikuti Slovakia Georgia, Belarus, Ecuador, Kazakhstan, Malaysia, Croatia, Azerbaijan, Bolivia, Bulgaria, Republik Dominica, Tunisia, Ireland dan Denmark.

Bagi kematian pula, Brazil merekodkan 230,034 kes, Mexico 165,786, India 154,996, UK 112,681, Itali 91,273, Perancis 79,111, Rusia 75,430, Jerman 61,602, Sepanyol 61,386,Iran 58,469, Colombia 55,993.

Argentina merekodkan 49,171, Afrika Selatan 46,290, Peru 42,121, Poland 39,087, Indonesia 31,556, Turki 26,797, Ukraine 24,828, Belgium 21,352, Kanada 20,760, Chile 18,974, Romania 18,881,  Czechia 17,235, Ecuador 15,012.

Netherlands pula mencatatkan 14,516 kematian, Portugal 14,158, Iraq 13,120, Hungary 13,090, Sweden 12,115, Pakistan 11,967, Filipina 11,179 dan Bolivia 10,753.

Related posts

Leave a Comment