PUTRAJAYA 7 Ogos – Kementerian Luar hari ini menasihatkan rakyat Malaysia menangguhkan semua perjalanan ke Bangladesh susulan situasi negara itu yang masih belum stabil. Bagi warganegara Malaysia yang berada di Bangladesh, mereka dinasihatkan mendaftarkan keberadaan mereka dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka, dan sentiasa berwaspada. Mereka juga dinasihatkan mengelak daripada berada di kawasan konflik dan mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan. Kementerian Luar berkata, ia sedang memantau rapi keadaan di Bangladesh menerusi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka serta mengambil maklum pembentukan kerajaan interim bagi memastikan urusan pentadbiran negara dapat berfungsi seperti…
Read MoreDay: August 7, 2024
Harga diesel turun lima sen
PUTRAJAYA 7 Ogos – Harga runcit bagi diesel di Semenanjung Malaysia diturunkan lima sen kepada RM3.30 seliter, manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal RM2.15 seliter bermula esok hingga 14 Ogos ini. Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan penetapan harga runcit diesel untuk Semenanjung Malaysia pada RM3.30 seliter adalah selaras dengan trend penurunan harga pasaran minyak dunia ketika ini. “Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaraskan harga runcit diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga,” menurut kenyataan itu. Sebelum ini, harga…
Read MoreMahkamah arah Move Forward dibubar
BANGKOK 7 Ogos – Mahkamah Perlembagaan di sini mengundi “sebulat suara” untuk membubarkan Parti Move Forward dan mengharamkan lembaga eksekutifnya, termasuk bekas pemimpinnya Pita Limjaroenrat, daripada politik selama 10 tahun. Hakim Punya Udchachon yang mengumumkan keputusan itu berkata, parti itu dibubarkan pada hari ini atas percubaannya untuk memperbaharui undang-undang fitnah diraja kerajaan itu. Ini bermakna Pita, 43, yang mengetuai parti reformis MFP ke tempat pertama yang mengejutkan dalam pilihan raya umum tahun lalu, akan dihalang daripada mengambil sebarang peranan dalam politik untuk dekad akan datang. Populariti Pita melonjak menjelang pilihan…
Read MoreKetua Pengarah UKAS KSN baharu
PUTRAJAYA 7 Ogos – Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Shamsul Azri Abu Bakar dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang baharu, berkuat kuasa 12 Ogos ini. Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan, pelantikan Shamsul Azri, 55 diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong bagi menggantikan Mohd Zuki Ali yang bersara wajib berkuatkuasa 10 Ogos ini. Shamsul Azri, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Pentadbiran Perniagaan) dari Universiti Tulsa Oklahoma, Amerika Syarikat juga menerima pendedahan dengan beberapa institusi antarabangsa antaranya Universiti Cambridge, United Kingdom dan European Institute of Business Administration (INSEAD). Mempunyai…
Read MoreHadiah bernilai RM1 juta di MSAM 2024
SHAH ALAM 7 Ogos – Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2024 menawarkan hadiah bernilai kira-kira RM1 juta kepada para pengunjung karnival literasi kewangan itu di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC) di sini mulai 22 hingga 25 Ogos ini. Hadiah utama yang bakal menjadi tumpuan ialah pangsapuri servis di Serasi Residences, Putra Heights, sebuah kenderaan elektrik (EV) BYD Dolphin Standard. serta Perodua Ativa 1.0L Turbo AV dan Perodua Axia 1.0L AV Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB), Raja Arshad Raja Tun Uda, berkata karnival tahunan itu menjadi sebahagian daripada komitmen yang tidak…
Read MoreMiki ..banyak kuota banyak kona
Tuntut RM100 juta bukan mufliskan sesiapa
JASIN 7 Ogos – Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh menyangkal dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Muhammad Jailani Khamis kononnya UMNO mahu menjadikannya muflis selepas menyertai Pas. Katanya, dakwaan bekas Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan Melaka itu muflis adalah tidak benar dan dangkal. “UMNO bukan nak mufliskan sesiapa (sebaliknya) hanya mahu menuntut semula janji yang diberi sewaktu menandatangani perjanjian sebagai calon pilihan raya negeri (PRN) pada 2021. “Kita tidak memaksa beliau untuk tandatangan perjanjian itu tetapi beliau sendiri yang berbuat demikian kerana hendak sangat menjadi calon mewakili…
Read MoreMuhammad Yunus ketuai kerajaan peralihan
DHAKA: Pemenang Hadiah Nobel tunggal Bangladesh Muhammad Yunus akan mengetuai kerajaan peralihan negara itu susulan peletakan jawatan bekas Perdana Menteri Sheikh Hasina. Keputusan itu dicapai dalam satu mesyuarat yang melibatkan Presiden Mohammad Shahabuddin, ketua angkatan tentera dan pemimpin Gerakan Pelajar Antidiskriminasi Bangladesh pada Selasa. Berikutan peletakan jawatan perdana menteri, ketua tentera Bangladesh Jeneral Waker-Uz-Zaman mengumumkan sebuah kerajaan peralihan akan dibentuk untuk mentadbir negara dan pada Selasa, Shahabuddin membubarkan Parlimen negara itu. Penunjuk perasaan pelajar telah mengancam untuk mengadakan lebih banyak demonstrasi jika Parlimen tidak dibubarkan dan pembubaran itu membuka jalan…
Read MoreBerita pilihan…
Kekacauan ganas kepada keganasan
LONDON: Individu yang ditahan susulan rusuhan kumpulan sayap kanan di seluruh United Kingdom (UK), akan berdepan pertuduhan daripada kekacauan ganas kepada kemungkinan kesalahan keganasan. Menurut laporan media tempatan, Pengarah Pendakwaan Awam, Stephen Parkinson menjelaskan hukuman penjara juga akan dikenakan bagi mereka yang didapati terbabit dalam aktiviti ganas itu. “Sepatutnya tidak ada keraguan mengenai itu. Mereka akan masuk penjara,” katanya sambil menekankan hukuman kesalahan dan komitmen terhadap tindakan undang-undang yang segera dan tegas. Selepas seminggu keganasan di UK, lebih 400 suspek ditahan dan dihadapkan ke mahkamah, manakala 100 sudah didakwa. UK…
Read More