Month: July 2024
Dr Mahathir dibenar keluar IJN
SEPANG – Bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad dibenarkan pulang ke rumah selepas dua minggu dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) kerana batuk. Menurut pembantu Dr Mahathir, Sufi Yusoff, kesihatan bekas pemimpin berusia 99 tahun itu semakin baik dan dibenarkan ‘bercuti di rumah’. Menurut laporan Bloomberg. Dr Mahathir dimasukkan ke IJN pada 15 Julai lalu, lima hari selepas ulang tahun kelahiran beliau yang ke-99 tahun. Sejak beberapa tahun lalu, beliau sering keluar masuk hospital. Dr Mahathir juga ada sejarah masalah jantung dan pernah menjalani pembedahan pintasan jantung pada 1989 dan…
Read MoreRakyat Palestin terus melarikan diri
GAZA: Beribu-ribu rakyat Palestin di tengah Semenanjung Gaza terpaksa melarikan diri lagi susulan arahan pemindahan baharu dikeluarkan Israel selepas serangan di bagagian selatan sekali gus memburukkan lagi keadaan di kawasan itu. Tentera Israel, yang kini menawan hampir seluruh Semenanjung Gaza dalam tempoh hampir 10 bulan perang, turut melancarkan operasi besar-besaran sejak beberapa minggu lalu di kawasan yang mereka dakwa sebelum ini berjaya dirampas daripada pejuang Hamas. Deir al-Balah, sebuah bandar kecil di tengah wilayah, satu-satunya kawasan utama belum diserang, berikutan pertempuran di bandar Khan Younis di selatan Gaza sejak minggu…
Read MoreMedia Hari Ini Selasa 30.07.2024
Bekas pemimpin Pemuda Pas Gua Musang calon Bersatu
GUA MUSANG 29 Julai – Bekas Timbalan Ketua Pemuda Pas Gua Musang, Mohd Rizwadi Ismail, 41, diumumkan sebagai calon Bersatu yang akan menggunakan lambang bulan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Ogos ini. Pengumuman dibuat oleh Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud pada Majlis Pengumuman Calon PN hari ini. Mohd Nassuruddin berkata, Rizwadi yang juga pesara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dipilih kerana faktor usia yang masih muda memandangkan pengundi muda di DUN Nenggiri adalah tinggi. “Calon diumumkan seorang aktivis yang aktif dan pernah menjawat…
Read MoreMoh Bertelepok catat rekod penyertaan teramai
NILAI 29 Julai – Moh Bertelepok sempena Perpatih Fest 2024 berjaya menarik penyertaan 1,002 wanita sekaki gus mendapat pengiktirafan pemegang rekod Pemakaian Telepok Paling Ramai menerusi The Malaysia Book of Record (MBOR). Telepok, aksesori ikatan kain batik tradisional itu kebiasaannya dipakai wanita Negeri Sembilan suatu masa dahulu dan kini dilihat sebagai salah satu pakaian rasmi bagi Ibu Soko. Ini rekod ketiga yang dipecahkan Perpatih Fest selepas memegang rekod Masakan Kari Kepala Kambing Terbanyak (100 kepala) dan Perarakan Panta Berkucung Terbanyak (222) pada penganjuran tahun lalu. Majlis pengiktirafan itu berlangsung sempena…
Read MoreBerita pilihan…
Amaran risiko perang di Lubnan
KAHERAH: Mesir memberi amaran risiko perang di Lubnan dan menggesa gencatan senjata di Semenanjung Gaza susulan kematian 12 orang dalam serangan peluru berpandu di bandar Druze, Majdal Shams di Golan Heights yang diduduki Israel. Walaupun Israel menyalahkan Hizbullah atas serangan kelmarin, kumpulan Lubnan menafikan bertanggungjawab. Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar Mesir berkata membuka barisan perang baharu di Lubnan boleh mengheret rantau itu ke dalam perang serantau habis-habisan. Kementerian itu menggariskan kepentingan “menyokong Lubnan, rakyatnya, dan institusinya, dan menyelamatkan negara itu daripada kengerian perang.” Kenyataan itu menggesa kuasa berpengaruh untuk campur…
Read MoreTurkiye mungkin masuk Israel
ANKARA – Turkiye mungkin memasuki Israel seperti dilakukan pada masa lalu di Libya dan Nagorno-Karabakh, kata Presiden Tayyip Erdogan. Pengkritik tegar serangan Israel di Gaza itu bagaimanapun tidak menyatakan bentuk campur tangan yang dicadangkannya. “Kita mesti kuat supaya Israel tidak boleh melakukan perkara yang tidak masuk akal ini kepada Palestin. Sama seperti kami memasuki Karabakh, sama seperti kami memasuki Libya, kami mungkin melakukan perkara yang serupa dengan mereka. “Tiada sebab mengapa kita tidak boleh melakukan ini… kita mesti kuat supaya kita boleh mengambil langkah ini,” kata Erdogan dalam ucapan pada…
Read More