ALOR SETAR 24 Julai – Pasukan penyelidik membabitkan pakar perundangan dan sejarahwan akan membentangkan dapatan hasil kajian ke atas 20,000 dokumen di luar negara bagi melihat fakta sebenar hubungan antara Kedah dan Pulau Pinang pada masa lampau. Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor, berkata pasukan penyelidik itu sedang meneliti dokumen yang diambil di England, Belanda, Thailand dan Indonesia. Beliau berkata, kerajaan negeri akan menggunakan dapatan daripada kajian berkenaan bagi menentukan hala tuju baharu dalam hubungan antara dua negeri berkenaan termasuk dalam isu berkaitan tuntutan pajakan dan pampasan bekalan air. “Pasukan…
Read MoreDay: July 24, 2024
Feri ikonik Pulau Pinang akan dilupuskan segera
BAGAN 24 Julai – Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) memutuskan untuk melupuskan feri-feri ikonik dengan kadar segera berikutan kerja-kerja pembaikan tidak dapat dilaksanakan lagi disebabkan pereputan yang serius. Pengerusi SPPP, Yeoh Soon Hin, berkata langkah pelupusan juga diambil disebabkan feri berkenaan tidak boleh diapungkan lagi. Katanya, SPPP juga menerima pelawaan daripada syarikat yang berminat untuk membeli/menyewa feri-feri ikonik namun isu utama adalah berkaitan kos yang tinggi dan syarikat yang berminat tidak dapat menyediakan lokasi untuk penempatan feri. Soon Hin berkata demikian dalam satu kenyataan susulan sebuah feri ikonik, Pulau Kapas…
Read MoreNenggiri: Pas nafi mahu letak calon
KOTA BHARU 24 Julai – Pas menafikan partinya mahu meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri sebaliknya menegaskan kerusi itu adalah milik Bersatu, kata Naib Presiden, Mohd Amar Nik Abdullah. Beliau berkata, Pas tidak mengemukakan calonnya untuk PRK yang dijadualkan pada 17 Ogos itu kerana mematuhi perjanjian dengan Bersatu. “Jadi, isu calon untuk PRK Nenggiri tidak timbul. Dakwaan bahawa Pas menuntut kerusi itu daripada Bersatu juga tidak benar kerana kedua-dua pihak bersetuju Bersatu mengemukakan calonnya di sana. Malahan, Timbalan Presiden PAS baru-baru ini mengeluarkan kenyataan bahawa calon Bersatu yang…
Read MorePasport Malaysia di tempat ke-12
KUALA LUMPUR 24 Julai – Pasport Malaysia menduduki tempat ke-12 dalam indeks pasport global terkini, berbanding kedudukan ke-11 tahun lalu, demikian menurut laporan Indeks Pasport Henley 2024. Laporan itu menilai 199 pasport dan 227 destinasi perjalanan itu dan Malaysia berkongsi kedudukan ke-12 dalam ranking bersama Cyprus dan Liechtenstein. Untuk rekod, pada permulaan 2023, Malaysia menduduki tempat ke-14 pasport paling berkuasa di dunia dengan skor 179 manakala rekod kedudukan tertinggi pasport Malaysia adalah tempat kelapan pada 2014. Pemegang pasport Malaysia dapat melancong tanpa visa ke 182 dari 227 destinasi di seluruh dunia…
Read MoreBerita pilihan….
Ke mana lagi mahu pergi…
GAZA: Ke mana lagi penduduk Palestin boleh pergi? Persoalan itu timbul apabila sebahagian besar Gaza sudah musnah sama sekali akibat serangan Israel. Pada masa yang sama tentera Israel meletakkan lebih 80 peratus kawasan Gaza di bawah arahan pemindahan atau ditetapkan sebagai ‘zon larangan’. Dalam serangan terbaru di Khan Younis, sekurang-kurangnya 84 rakyat Palestin terbunuh dan 329 lagi cedera ketika tentera Israel melancarkan serangan. Angka kematian di Israel dianggarkan sekitar 1,139 orang dengan puluhan yang lain masih ditawan di Gaza sementara 39,090 penduduk Palestin terbunuh dan 90,147 lagi cedera dalam perang…
Read MoreKes denggi Singapura meningkat
SINGAPURA: Lebih 10,000 kes denggi dilaporkan sejauh ini, melebihi jumlah yang dicatatkan sepanjang 2023 iaitu sebanyak 9,949 kes, berbanding 32,173 kes yang dicatatkan sepanjang tahun Menurut perangkaan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), pada minggu 14 Julai hingga 20 Julai, sebanyak 236 kes dilaporkan, yang menjadikan jumlah keseluruhan setakat 22 Julai sebanyak 10,141 kes bagi 2024. NEA sebelum ini mengeluarkan amaran pada Mac tahun ini mengenai peningkatan kes jangkitan denggi, dengan lebih 5,000 kes dilaporkan pada suku pertama 2024 berbanding tempoh yang sama pada 2023. Agensi itu memaklumkan sehingga 22 Julai, terdapat…
Read More