SINGAPURA: Lebih 10,000 kes denggi dilaporkan sejauh ini, melebihi jumlah yang dicatatkan sepanjang 2023 iaitu sebanyak 9,949 kes, berbanding 32,173 kes yang dicatatkan sepanjang tahun
Menurut perangkaan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), pada minggu 14 Julai hingga 20 Julai, sebanyak 236 kes dilaporkan, yang menjadikan jumlah keseluruhan setakat 22 Julai sebanyak 10,141 kes bagi 2024.
NEA sebelum ini mengeluarkan amaran pada Mac tahun ini mengenai peningkatan kes jangkitan denggi, dengan lebih 5,000 kes dilaporkan pada suku pertama 2024 berbanding tempoh yang sama pada 2023.
Agensi itu memaklumkan sehingga 22 Julai, terdapat sebanyak 70 kelompok denggi aktif di Singapura di mana 10 dianggap sebagai kelompok amaran merah, yang menunjukkan kawasan-kawasan berisiko tinggi dengan 10 atau lebih kes setiap satu.
Terdapat empat serotip virus denggi yang berlegar-legar di Singapura di mana serotip 2 virus denggi (DENV-2) menjadi dominan sejak September 2023, dengan dominasi berkala DENV-1 dan DENV-3 pada 2023.
Menurut NEA, imuniti penduduk terhadap keempat-empat serotip virus denggi kekal rendah.
Kehadiran berterusan semua faktor risiko denggi ini mungkin membawa kepada lonjakan kes denggi dalam masa beberapa bulan akan datang jika tindakan secukupnya tidak diambil.
Nnnn
