Universiti awam ditutup angkara protes

DHAKA: Bangladesh menutup semua universiti awam dan swasta mulai Rabu susulan protes pelajar terhadap sistem kuota dalam pekerjaan sektor kerajaan semakin memuncak minggu ini.

Sekurang-kurangnya enam maut dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa susulan beribu-ribu pelajar berdemonstrasi selepas mahkamah mengembalikan kuota untuk pekerjaan kerajaan yang dimansuhkan pada 2018.

Sistem itu memperuntukkan 56 peratus daripada jawatan masuk pekerjaan kerajaan untuk demografi dan kelas tertentu.

Ia mencetuskan kemarahan dalam kalangan pelajar yang menghadapi isu pengangguran, dengan hampir 32 juta anak muda Bangladesh tidak bekerja atau belajar.

Demontrasi menjadi semakin tegang selepas Perdana Menteri Sheikh Hasina enggan memenuhi tuntutan penunjuk perasaan dan melabel penentang kuota itu sebagai ‘razakar’, istilah untuk mereka yang didakwa bekerjasama dengan tentera Pakistan semasa perang 1971.

Protes bertukar menjadi ganas minggu ini apabila ribuan penunjuk perasaan antikuota bertempur dengan anggota sayap pelajar parti pemerintah, Liga Awami di seluruh negara.

Polis terpaksa menggunakan peluru getah dan gas pemedih mata untuk menyuraikan penunjuk perasaan.

Nnn

Related posts

Leave a Comment