KUALA LUMPUR 18 Julai – Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat di Masjid Negara petang ini membuka tirai Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17, Sultan Ibrahim pada Sabtu ini. Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah tiba pada pukul 5.18 petang disambut Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil merangkap Menteri Pengerusi Jawatankuasa Khas Acara-Acara Sempena Istiadat Pertabalan Agong ke-17 dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Mohd Na’im Mokhtar. Majlis itu adalah acara pertama daripada tujuh acara yang dirancang sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17, Sabtu…
Read MoreDay: July 18, 2024
Ketua Pemuda UMNO Kelantan calon PRK
KOTA BHARU 18 Julai – UMNO Kelantan mengumumkan Ketua Pemudanya, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani sebagai calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri bulan depan. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Ahmad Jazlan Yaakub berkata, pemilihan Mohd Azmawi 38 tahun diputuskan Presiden parti, Dr Ahmad Zahid Hamidi dan mendapat sokongan daripada kepemimpinan UMNO Gua Musang serta akar umbi. “Pemilihan ini dibuat oleh presiden parti selepas meneliti tiga nama yang dihantar oleh pimpinan UMNO Gua Musang sebelum pucuk pimpinan memilih Mohd Azmawi sebagai calon yang…
Read MoreLompat: Jailani perlu sedia RM100 juta
MELAKA 18 Julai – Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh menasihatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Muhamad Jailani Khamis supaya sedia untuk membayar denda RM100 juta atas tindakannya `melompat’ ke parti lain. Beliau berkata, ia susulan perjanjian dan akujanji ditandatangani oleh semua calon Barisan Nasional (BN) yang menang pada pilihan raya, wajib membayar denda itu kerana mengkhianati parti. “Jailani kena ingat ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 2021, semua calon BN yang ada menandatangani perjanjian antaranya, kalau kita lompat parti kita boleh didakwa dan dikenakan denda RM100 juta.…
Read MoreWan Ahmad Fayhsal digantung enam bulan
UuKUALA LUMPUR 18 Julai – Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan susulan dakwaan mengenai surat layang yang dikatakan mengandungi maklumat berkaitan dalang di sebalik pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB). Keputusan itu yang berkuatkuasa hari ini diumumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Johari Abdul selepas usul berkenaan mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen, dengan 110 Ahli Parlimen bersetuju dan 63 tidak bersetuju, selepas undi belah bahagi dijalankan, manakala tiga tidak mengundi dan 46 tidak hadir. Usul berhubung penggantungan Wan Ahmad Fayhsal dikemukakan…
Read MoreKeropok: Lelaki dibebas dengan jaminan
KULIM 18 Julai – Seorang lelaki berusia 33 tahun yang direman bagi membantu siasatan berhubung kejadian dua beradik maut akibat termakan keropok mengandungi racun, dibebaskan dengan jaminan polis. Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Azizul Mohd Khairi, berkata suspek yang merupakan seorang pekebun itu, direman sejak 11 Julai hingga semalam. “Tempoh reman tidak disambung dan suspek dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu keputusan Timbalan Pendakwa Raya. Kertas siasatan sudah lengkap dan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya,” katanya dalam kenyataan. Media sebelum ini melaporkan dua beradik Muhammad Akil Syauqi Nur Sufyan,…
Read MoreBerita pilihan…
Universiti awam ditutup angkara protes
DHAKA: Bangladesh menutup semua universiti awam dan swasta mulai Rabu susulan protes pelajar terhadap sistem kuota dalam pekerjaan sektor kerajaan semakin memuncak minggu ini. Sekurang-kurangnya enam maut dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa susulan beribu-ribu pelajar berdemonstrasi selepas mahkamah mengembalikan kuota untuk pekerjaan kerajaan yang dimansuhkan pada 2018. Sistem itu memperuntukkan 56 peratus daripada jawatan masuk pekerjaan kerajaan untuk demografi dan kelas tertentu. Ia mencetuskan kemarahan dalam kalangan pelajar yang menghadapi isu pengangguran, dengan hampir 32 juta anak muda Bangladesh…
Read MoreBiden alami gejala ringan Covid-19
LAS VEGAS: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden dilaporkan dijangkiti Covid-19 ketika berkempen di Las Vegas pada Rabu, kata Setiausaha Akhbar White House Karine Jean-Pierre. Katanya, Biden yang telah menerima vaksin serta booster mengalami gejala ringan dan akan ke Delaware untuk mengasingkan diri. Biden, 81, dijadual untuk berucap di persidangan UnidosUS, organisasi hak asasi sivil Latina. Terdahulu media melaporkan Biden dalam satu temu bual dengan BET News berkata akan menarik diri daripada Pilihan Raya Presiden jika doktor mendedahkan beliau mempunyai masalah kesihatan. Menurut Sputnik, Biden sebelum ini berkata keadaan kesihatannya…
Read More