THE HAGUE: Bekas ketua perisikan, Dick Schoof, mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri baharu di hadapan Raja Belanda, Raja Willem-Alexander, yang berlangsung di istana semalam.
Beliau mengambil alih kepemimpinan Kerajaan Belanda daripada Mark Rutte yang memegang jawatan itu selama 14 tahun dan pada tahun lalu mengumumkan persaraannya daripada politik.
Pada upacara rasmi itu, barisan menteri Kabinet pimpinan Schoof turut berikrar taat setia kepada raja dan perlembagaan negara.
Schoof, 67, berpengalaman memainkan peranan utama dalam menangani pelbagai situasi krisis, termasuk mengetuai siasatan Belanda terhadap kes pesawat Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh di Ukraine pada Julai 2014.
“Saya adalah Perdana Menteri kepada seluruh rakyat Belanda. Saya tidak mempunyai parti,” katanya.
Nnn
